5 Petanda Penyakit Bahaya Yang Kita Sangka Sakit Biasa

Posted by mimisabreena on Saturday, March 10, 2018

Apabila terasa sengal-sengal badan dan pening kepala biasanya sakit mana pun, kita akan tahan dan bergantung pada minyak angin daripada berjumpa dengan doktor.

Tapi, tahukah anda jika kita kerap rasa sakit di anggota badan, ia merupakan salah satu tanda penyakit bahaya dan tubuh anda sebenarnya sedang bermasalah!

5 petanda penyakit bahaya yang tidak patut diabaikan dan segera berjumpa dengan pakar jika anda kerap mengalaminya:

1. Sakit kepala di waktu pagi

Biasanya apabila kita sakit kepala setiap pagi, kita akan kaitkan dengan kurang tidur dan kurang rehat.

Tapi, jika asyik sakit kepala dan semakin teruk setiap hari diselangi dengan muntah mahupun batuk-batuk, segera dapatkan rawatan kerana ia menyerupai simptom penyakit Primary Brain Tumor.

tanda penyakit bahaya, kerap sakit kepala waktu pagi, kaki sakit mencucuk, sakit belakang waktu malam, bengkak pada sebelah kaki, sakit perut yg teruk

2. Sakit perut yang teruk

Perut jika tidak dijaga boleh menjadi punca pelbagai penyakit antaranya gastrik dan ulser.

Jika terasa sakit perut yang keterlaluan sehingga keluar darah ataupun najis menjadi kehitaman, elak melambatkan berjumpa dengan doktor.

BACA JUGA: 5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Dialami dan Cara Cepat Mengatasinya

3. Bengkak pada satu kaki

Jika satu kaki rasa sakit-sakit diikuti dengan bengkak pada buku lali, ia menandakan adanya darah beku.

Manakala jika kedua-kedua kaki bengkak, ia berkaitan dengan kegagalan jantung berfungsi seperti normal. Jangan biarkan sakit ini berlanjutan.

4. Sakit belakang pada waktu malam

Biasanya ia dikaitkan dengan aktiviti siang yang banyak bergerak dan juga peningkatan umur.

Namun, jika sakit belakang sering mengganggu tidur hingga kurang rasa lena, amat digalakkan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.tanda penyakit bahaya, kerap sakit kepala waktu pagi, kaki sakit mencucuk, sakit belakang waktu malam, bengkak pada sebelah kaki, sakit perut yg teruk

5. Rasa kebas seperti mencucuk-cucuk di kaki

Jika sering mengalami simptom ini, ia ada berkaitan dengan penyakit kencing manis.

Perlu diingati, kencing manis adalah salah satu penyakit berangkai yang diikuti dengan darah tinggi seterusnya sakit jantung.

Kesimpulan

Jika semua simptom sudah jelas, janganlah kita membiarkan sahaja kerana rela tidak tahu penyakit yang dihidapi.Bukankah lebih baik mendapatkan rawatan awal daripada terlambat?

BACA JUGA: Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Dan Terasa Menyucuk Pijak Lantai Sejuk

The post 5 Petanda Penyakit Bahaya Yang Kita Sangka Sakit Biasa appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2Fxv7N0

Previous
« Prev Post

Related Posts

March 10, 2018

0 comments:

Post a Comment