Sumbing bibir adalah satu masalah kesihatan kongenital yang selalu terjadi di seluruh negara. Kajian mengatakan 1 di antara 500 bayi yang dilahirkan di seluruh dunia mendapat sumbing bibir dan lelangit. Antara faktor yang menyebabkan kes sumbing ini adalah seperti genetik, kesihatan ibu sewaktu mengandung dan persekitaran.
Jika kita melihat maka tidak semua keadaan bibir sumbing terjadi dalam bentuk yang sama. Ada bibir sumbing yang hanya terjadi pada bahagian bibir saja, namun ada bibir sumbing yang boleh mencapai lelangit mulut. Berikut ini adalah jenis bibir sumbing sesuai dengan keadaannya.
1. Bibir Sumbing Unilateral
Bibir sumbing unilateral biasanya ditemukan dengan kondisi celah atau jaringan yang tidak sempurna pada bahagian salah satu sisi bibir saja. Keadaan ini memerlukan operasi yang lebih ringan dan penderita boleh mendapatkan pertumbuhan jaringan yang sempurna lagi.
2. Bibir Sumbing Bilateral
Pada dasarnya penyebab bibir sumbing tidak boleh diketahui secara pasti. Proses terjadinya cacat bibir sumbing tidak boleh dicegah sejak awal sehingga terkadang orang tua sangat terkejut ketika melahirkan bayi dengan kondisi bibir sumbing. Dalam dunia kesihatan para pengkaji mencuba membuktikan bahawa penyebab bibir sumbing banyak dipengaruhi oleh keadaan keturunan atau sifat genetik dan lingkungan pertumbuhan janin.
Untuk penerangan yang lebih lanjut, jom kita baca mengenai sumbing bibir dan lelangit ini dari perkongsian pakar di laman Twitter.
Sumbing Bibir & Sumbing Lelangit Sumbing bibir dan lelangit adalah kecacatan kelahiran yang berlaku bila atau mulut bayi tak terbentuk dengan sempurna ketika bayi di dalam rahim.
Bibir terbentuk pada minggu ke 4 dan minggu ke 7 kehamilan. Sepanjang perkembangan bayi ketika hamil, sel sel dari arah berlawanan akan membesar dan bercantum pada tengah2 untuk membentuk muka bayi. Percantuman ini membentuk bahagian muka seperti bibir dan mulut.
Sumbing terjadi apabila proses pencantuman yang melibatkan bahagian mulut tidak bercantum sepenuhnya sebelum dilahirkan menyebabkan ada bukaan di bahagian bibir atas.
Bukaan ni boleh jadi kecil melibatkan bahagian bibir atas sahaja sehingga melibatkan lelangit dan juga bahagian hidung. Bayi yg ada sumbing bibir boleh ada sumbing lelangit
Bukaan ni bole jadi kecil melibatkan bahagian bibir atas sahaja sehingga melibatkan lelangit dan juga bahagian hidung. Bayi yg ada sumbing bibir boleh ada sumbing lelangit
Bayi yg ada masalah ini boleh ada masalah pertuturan, masalah utk makan dan boleh ada masalah jangkitan pada telinga. Juga boleh ada masalah pada gigi.
Sebab – sebab berlaku sumbing ni tak diketahui. Banyak sebab dikaitkan dgn faktor persekitaran si ibu, permakanan atau pun sesetengah ubat yang digunakan oleh ibu ketika hamil. Tapi takda kata putus yg mengatakan mmg betul-betul disebabkan olehnya, cuma ada perkaitan sahaja
Ada beberapa kajian menyatakan bahawa faktor-faktor ini meningkatkan risiko ibu mendapat anak yang sumbing.
MEROKOK – wanita yang merokok ketika hamil adalah lebih berisiko mendapat baby yang sumbing jika dibandingkan dengan wanita yang tak merokok.
KENCING MANIS – wanita yang telah mengidap kencing manis sebelum hamil mempunyai risiko tinggi mendapat anak yang sumbing jika dibandingkan dgn wanita yang tidak ada kencing manis.
PENGGUNAAN UBAT-UBATAN – wanita yang menggunakan ubat sawan/epilepsi seperti topiramate atau asid valproik pada trimester pertama kehamilan berisiko tinggi, jika dibandingkan dgn wanita yg tak mengambil ubatan ini.
Sumbing bibir boleh dikenalpasti ketika ujian scan masa mengandung. Sumbing lelangit lebih mudah dikenalpasti lepas bayi dilahirkan. Ada sesetengah jenis sumbing yang lain pula mungkin dikenalpasti lambat, dalam kehidupan bayi itu.
Doktor sendiri pun taktahu sebab ape sumbing ini terjadi, hanya mampu mengaitkan kejadian ini dengan beberapa perkaitan sahaja. Sumbing langsung takda kaitan dengan ibu yang selalu minum atau makan dari cawan atau pinggan mangkuk yang sumbing ( pecah sedikit ) – Jangan MENGAROT!
Sumber: Dr Izzat
The post Awas!! Ibu Jangan Ambil Lagi Ubat Ini Ketika Hamil Jika Tidak Mahu Anak Sumbing appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2D6SbzW
0 comments:
Post a Comment