Siapa yang suka berendam kaki? Mesti selesa dan boleh buatkan kaki jadi rilek. Selain itu, berendam kaki juga terbukti memang bagus buat kesihatan. Tapi mesti anda tidak tahu, kalau di dalam air rendaman kaki ditambah sedikit cuka (lebih kurang 2 senduk), kegunaannya jadi lebih hebat lagi! Tak percaya? Baca sampai habis!
Cuka itu bahan yang tidak pernah lepas dari kehidupan kita. Tapi tahu tak ia juga banyak kegunaan lain yang bermanfaat yang kita tidak sedar? Jom baca.
1. Membantu tidur nyenyak
Kalau kamu berendam selama setengah jam dengan air cuka, boleh membantu saraf-saraf kamu jadi lebih kurang tekanan dan seleaa! Tentu sahaja kalau kamu melakukan hal ini dengan berkala, kamu punya tidur yang lebih berkualiti.
2. Menghilangkan Kepenatan
Cuka putih itu juga boleh melancarkan peredaran darah dan membantu tubuh yang penat agar peredaran oksigen juga lebih lancar dan tubuh terasa lebih ringan. Jadi, energi dan semangat kamu boleh kembali lagi!
3. Membersihkan Toksin Di Dalam Badan
Dibahagian kaki ada banyak zon refleksi yang sangat hebat. Cuka boleh menembusi kulit kaki dan meningkatkan peredaran darah, meningkatkan fungsi organ tubuh, membuang kotoran dan boleh membantu mengurangkan kesakitan kepada penyakit kronik.
4. Melembabkan Kulit
Kulit kaki yang kering dan pecah-pecah boleh disembuhkan dengan berendam air cuka selama 1 minggu. Bukan itu sahaja, tapi kulit kaku juga jadi lebih mulus dan lembab!
BACA JUGA: Urut Kaki Sendiri, Ni Tekniknya. Confirm Rasa Lega!
5. Mencegah Kerosakan Kuku
Banyak penyakit kuku yang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria, dengan rutin merendam kaki di air cuka selama 30 minit sehari juga boleh mencegah penyakit kuku.
6. Meredakan Tekanan Pada Kaki Yang Suka Pakai Tumit Tinggi
Kalau kamu berendam air cuka secara rutin, itu boleh membuat otot kakimu lebih santai setelah mengenakan kasut tumit tinggi dan boleh mengurangi tekanan kepada kaki juga.
Selain air cuka, kamu boleh menambahkan halia juga.
Halia punya khasiat menghangatkan tubuh, jadi kalau kamu berendam dengan air halia, itu boleh memperbaiki peredaran darah dan metabolisme. Tangan dan kaki akan lebih panas dan tidak kerap kebas jika selalu dilakukan aktiviti ini.
Caranya:
Ambil 15-30 gram halia (sekitar setengah ukuran sedang), hiris kecil-kecil kemudian masukkan ke dalam air dan masak air lebih kurang 10 minit.
Setelah masak, tuang semua air halia ke dalam besen dan tambahkan air dingin sampai air rendaman lebih kurang 40 darjah celcius yang masih boleh diterima kaki. Kamu juga boleh sambil menggosok kaki ketika merendam.
The post “Dua Senduk Cuka” dan Air Panas Untuk Rendam Kaki, Siapa Sangka Hasilnya Sangat Menakjubkan appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2Fwd6Pe
0 comments:
Post a Comment