Ketika Amalkan Jamu, Jangan Sampai Langgar 10 Pantang Larang Ini!

Posted by mimisabreena on Sunday, March 11, 2018

Sekarang ini dah ramai yang sedar pentingnya amalkan jamu dan herba untuk kembali langsing dan dapatkan bentuk badan idaman. Tapi kenalah tahu pantang larang makan jamu. Jadi, bila dapat petua jamu dari mana-mana laman web, bolehlah simpan dan amalkan.

Tapi selepas konsisten amalkan, anda hairan, kenapa berat badan tak juga langsing, kadangkala masih lesu, paling parah bila kena tahan di wad sebab kekurangan air dalam badan.

Sebabnya nak amalkan mana-mana jamu sekalipun, dia ada pantang larangnya. Apa yang boleh ambil dan apa yang tidak.

Jadi, jamu yang diambil itu akan meresap dan beri manfaat pada tubuh. Berikut panduannya:

pantang larang minum jamu, cara pengambilan jamu, cara betul minum jamu, pantang larang minum jamu, pantang larang jamu

1. Minum air masak secukupnya. Kata orang minum 8 gelas satu hari. Hakikatnya, anda perlu ambil air mengikut jumlah berat badan. Ini kiraannya:

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu diminum, dalam unit Ounce (oz)

Tukar kepada unit kilogram (kg) dan Liter (L). Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari.

BACA JUGA: Selalu Lenguh-Lenguh Badan Dan Sakit Saraf, Jom Amalkan Rebusan Ini

2. Jangan campur dengan jamu lain. Kalau anda sedang amalkan jamu perapat, jangan pula campur dengan jamu-jamu yang lain. Sesetengah jamu ada campuran bahan lain yang mungkin tak dinyatakan dalam pek. Bimbang, ia akan beri kesan pada tubuh. Pertembungan herba ini boleh sebabkan ia overdose dalam badan.

3. Ketika haid tak perlu ambil jamu. Kalau anda ambil sekali pun khasiat jamu takkan meresap dalam tubuh. Samalah juga halnya dengan pengambilan apa-apa suplemen atau vitamin ketika haid. Ia tetap tak beri kesan pada tubuh. Penat saja anda makan. Sudahlah jamu yang dibeli bukannya murah.

4. Jika mahu ambil jamu yang lain, sebaiknya jarakkan dalam satu bulan. Bermakna anda biarkan tubuh anda rest daripada ambil mana-mana jamu selama sebulan. Selepas itu, barulah cuba jamu yang baru.pantang larang minum jamu, cara pengambilan jamu, cara betul minum jamu, pantang larang minum jamu, pantang larang jamu

5. Jika anda makan ubat-ubatan. Jika demam atau tak sihat, berhentilah dulu. Sampai dah benar-benar sihat, barulah amalkan kembali.

6. Sesetengah jamu yang anda amalkan tak membenarkan pengamalnya mencampur dengan pengambilan air kunyit atau air manjakani. Yang ini, anda kena extra jaga-jaga. Minta nasihat detail daripada pengeluar sebelum mula mengambil jamu.

7. Jangan ambil ais. Ini kerana ia sumber angin dalam badan dan melemahkan badan. Kalau diambil juga ia takkan beri kesan pada tubuh anda pun.

8. Jangan minum air kelapa. Sebabnya air kelapa itu bersifat alkali, dia hanya akan meneutralkan semula jamu yang anda ambil. Akhirnya ia tidak beri apa-apa kesan pada tubuh. Sebab itu orang kata, air kelapa itu penawar.

9. Jangan minum air bergas atau bikarbonat ketika amalkan jamu.

10. Elakkan ambil air tembikai, tebu mahupun makan tapai. Ini kerana, makanan dan minuman ini bersifat sejuk. Jika baru selesai pantang, bimbang ia akan menyebabkan peranakan kembali kembang.

Semoga pantang larang makan jamu ini dapat membantu anda lebih faham tentang panduan dan tatacara mengambil jamu untuk kesihatan dalaman anda.

BACA JUGA: Amalkan Jus Ini Turunkan Kolesterol Tinggi Dengan Berkesan

The post Ketika Amalkan Jamu, Jangan Sampai Langgar 10 Pantang Larang Ini! appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2Dk9s8Y

Previous
« Prev Post

Related Posts

March 11, 2018

0 comments:

Post a Comment