Namanya pun istilah berpantang, jadi ibu berpantang kenalah pantang daripada mengambil makanan-makanan tertentu. Bukan apa, ada kalanya jenis-jenis makanan sangat-sangat memberi impak pada tubuh.Mungkin kalau wanita jenis tak pantang makan, dia sendiri tak tau bezakan macam mana yang dikatakan bagi kesan pada tubuhnya. Mungkin tak perasan bila sakit.
Kalau badan rasa berat, sakit-sakit pada sendi, belakang badan atau sakit perut pada ari-ari itu adalah petanda yang dialami bila pantang dilanggar. Pun begitu, kesan dan akibatnya berbeza bagi setiap orang.Ada wanita tak boleh makan pisang dan ada juga wanita tak langsung alah pada kangkung atau tumbuhan menjalar lain. Jadi nak mudah, ada baiknya kita sebagai wanita berpantang dengan cara yang betul agar tubuh dalaman jadi sihat.
Bukan hanya lepas pantang, wanita yang anak dah besar pun kena turut sama pantang bagi mengelakkan tubuh masuk angin. Sendi paling penting kena jaga!
Jenis Makanan Sejuk
Makanan bersifat ‘sejuk’ secara berterusan misalnya boleh mengakibatkan sakit dan sengal sendi kepada tubuh. Makanan bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam, kubis, terung, timun, labu, petola, pucuk ubi, pucuk paku dan banyak lagi sangat memberi kesan kepada tubuh jika makanan ini tidak bersesuaian dengan kehendak tubuh anda.
Bukan itu sahaja, buah-buahan seperti nangka, tembikai, nenas, pisang, cempedak, mangga, manggis, langsat, betik dan ciku juga dikatakan mendorong sakit sendi dan masalah angin kepada ibu berpantang juga selepas berpantang.
Ketika berpantang, elakkan sama sekali jenis makanan bersifat sejuk ini. Berpantanglah selagi terdaya kerana ia akan hanya memberi kesan pada tubuh. Tubuh akan terasa berat kerana angin memasuki setiap urat dan akibatnya ibu akan merasa sakit pinggang, sakit belakang serta sakit pada semua sendi.
Perlahan-lahan selepas anak mencapai usia enam bulan dan ke atas, barulah anda mula mengambilnya dengan kuantiti ‘percubaan’, jika terlaluketagih untuk menikmatinya. Berpantanglah selagi mampu.
Makanan Yang Harus Diambil
* Ibu berpantang perlu mengambil sebanyak 1600-1800 kalori setiap hari bagi tujuan penyusuan badan secara ekslusif.
* Sekiranya ibu berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu diambil sebanyak 1100-1300 kalori setiap hari.
* Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak dan kulit.
* Ambil air kosong pada jumlah yang banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan
BACA JUGA: Ketahui 6 Jenis Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielakkan
The post Makanan ‘Sejuk’ Buat Tubuh Merana, Wanita Berpantang Kena Jaga-Jaga Pilih Makanan Ini! appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2FkVFEp
0 comments:
Post a Comment