Masalah sampah di rumah kita memang menjadi satu masalah besar jika terlambat dibersihkan. Terlambat sampah dibuang, mulalah tong sampah kita dihinggapi ulat sampah.
Geli juga bila terlalu banyak ulat yang kelihatan berdekatan sampah malah ada yang terkeluar hingga kawasan sekitar. Memang sukar untuk dibersihkan. Kita juga yang salah kerana gagal buang sampah setiap hari dan membiarkan kotoran dan sisa makanan ini berhari-hari.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku sebenarnya ada petua yang dikongsikan untuk menghilangkannya malah mengusir ulat ini.
Blog la-abwa.blogspot.my berkongsi petua bagi mengelakkan ulat-ulat ini. Jom ikut petua yang dikongsikan olehnya.
Kakak saya dapat petua elakkan ulat ni secara tak sengaja. Waktu itu ulat-ulat sudah mula merayap hingga atas tong sampah. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat-ulat tu. Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa-rupanya ulat yang kena serdak cengkih sudah mati.
Petua 1
- bunga cengkih dan tumbuk kasar.
- Taburkan pada tong sampah dan kawasan sekelilingnya.
- Biarkan sahaja dan hasilnya ulat akan mati tanpa disembur bahan kimia.
Petua 2
Satu satu cara lagi ialah dengan menggunakan sedikit cecair peluntur baju.
- Bancuh 2 penutup cecair peluntur baju dengan air secukupnya.
- Kemudian masukkan ke dalam botol semburan (spray bottle).
- Selepas sisa kepala ikan dibuang, bungkus dalam plastik dan spraykan semburan tadi ke dalam plastik.
- Masalah bau akan hilang, ulat pun tak akan muncul lagi.
BACA JUGA: Inilah 4 Petua Elak Lalat Berleluasa Di Dapur
The post Sampah Mudah Berulat, Ibu-ibu Cuba Amalkan Guna 2 Bahan Ni Hindarkannya, Memang Mujarab! appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2FoKs5A
0 comments:
Post a Comment