Ramai antara rakyat Malaysia menghidap penyakit Asma tanpa kita sedari. Kebanyakan mereka ambil mudah dengan menyakit ini walaupun Asma sebenarnya boleh membawa maut jika tidak diambil secara serius.
Asma atau semput atau lelah adalah penyakit yang akan menyerang apabila anda terdedah dengan kawasan berhabuk. Anda juga tidak dibenarkan mendekati kucing kerana bulu kucing boleh menyebabkan saluran pernafasan anda tersumbat.
Ini terjadi kerana saluran udara dalam paru-paru, yang berpunca dari inflamasi tersekat dan akan menyebabkan nafas anda berbunyi, serta batuk-batuk.
Anda yang penhidap Asma ini pasti sudah terbiasa dengan ubat farmasi atau alat sedutan pengawal (inhaler), namun sebenarnya ada beberapa cara tradisional dan mudah yang boleh anda ikut bagi merawat penyakit Asma.
1)Madu
Madu merupakan ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat. Ia bertindak untuk membunuh bakteria yang menyebabkan batuk dan juga mencegah keradangan yang membawa anda kepada Asma. Ia boleh menghapus jangkitan Asma dalam tempoh beberapa jam. Jadi, anda bolehlah makan beberapa sudu, 1 hari atau anda boleh larutkan madu dalam air kosong untuk mengurangkan keradangan.
2)Kopi
Walaupun pengambilan kopi tidak begitu bagus kerana ia mengandungi kafein yang sangat kuat, namun ia boleh mengawal Asma anda dengan mencairkan kahak obstruktif. Kafien yang dianggap tidak bagus itu juga dapat mengurangkan keradangan dan membuka saluran pernafasan. Anda hanya perlu minum satu cawan saja, jika sesak nafas anda masih boleh dikawal. Jangan pula sampai nak pengsan, masih minum kopi, itu kami nasihatkan anda untuk terus ke hospital.
3)Lemon
Pasti semuanya sudah tahu yang Lemon ini selalu digunakan untuk proses diet. Ia selalu dijadikan minuman detox agar dapat membantu perlawasan. Tak ada bezanya dengan membantu anda untuk mencegah Asma, pengambilan Lemon boleh dilakukan setiap pagi atau buat air detox dan bawanya ke pejabat. Jus Lemon bertindak mengawal penghasilan mucus dan mengelakkan saluran nafas dari tersumbat. Anda juga boleh campuran perahan lemon dan madu dalam pengambilan harian anda.
4)Buah- Buahan
Cliché kan bila suruh anda makan buah? Namun hakikatnya, buah sangat membantu anda merawat apa jua penyakit. Pisang dan Epal mengandungi serat yang sangat tinggi untuk mengelakkan diri anda dari menghidap Asma. Kajian di Eropah mendapati bahawa seorang ibu hamil yang mengambil 4 biji buah Epal sehari, berisiko rendah untuk melahirkan anak pengidap Asma.
5)Bersenam
Berat badan yang berlebihan juga boleh menjadikan anda pelanggan setia Asma. Ini kerana badan anda tidak bergerak sama dengan usia. Untuk mengelakkan Asma, anda boleh bersenam secara regular setiap hari. Ini akan membantu anda untuk bernafas secara sihat. Memanglah pada mulanya anda akan semput, namun jika anda kawal pemakanan anda, rajin bersenam, lama kelamaan, Asma akan pergi jauh meninggalkan anda.
The post Jangan Pandang Remeh Terhadap Penyakit Asma. Atasi Penyakit Ini dengan 5 Cara Mudah appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu https://ift.tt/2ErnaHV
0 comments:
Post a Comment