Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Wanita mana yang tidak mahu kulit yang cantik dan nampak muda walaupun sudah berusia. Daripada habis ratusan ringgit dengan membeli pelbagai supplemen yang mahal, apa kata anda cuba petua awet muda dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu serai.
Ramai yang belum tahu, serai menjadi antara herba yang sangat efektif untuk membaiki kesihatan dalaman seorang wanita. Paling penting, harganya murah dan mudah untuk didapati.
Perkongsian petua oleh Mastura Rashid melalui laman facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Patutlah wajahnya bersih tanpa cela, rupanya dia mengamalkan petua mudah ini.
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba !
TEH SERAI AWET MUDA BIDAN KELANTAN
Siapa sangka kan, dalam banyak-banyak rempah ratus dan herba, serai antara herba yang sangat efektif untuk baiki kesihatan dalaman seseorang wanita.
Tapi, dalam mana-mana herba pun, bila ada baik, mesti ada buruknya juga jika terlebih dos, terutama sekali jika anda sedang mengandung, menyusu atau orang tua.
Okay, resipi teh serai ni asalnya adalah dari perkongsian seorang bidan kelantan. Kalau tengok umur dia waktu tu, ingatkan baru lewat 30an atau awal 40an gitu.
Rupanya dah 50an ok. Pengsan fiona tengok wajahnya yang bersih dan muda tak padan umur. Kemerahan, bersih, bertenaga. Jangan fikir dia bela saka atau hantu raya pulak ok. Memang dia amalkan teh serai sejak muda lagi.
BAHAN-BAHAN
- 3 batang serai
- 1 sudu besar daun teh hijau
- 2 ketul besar gula batu (pecahkan)
Resipi asal hanya gula batu dan serai saja. Tapi fiona tambah daun teh hijau supaya teh ni supaya fungsi awet mudanya berdouble triple dengan teh hijau yang antioksida. Bukan saja darah lancar, siap pakej cairkan kolestrol ,sihatkan jantung dan otak sekali.
- Boleh guna teh hijau uncang brand OSK, AHMAD TEA ATAU BOH. Boleh ganti dega teh rooibois atau black tea biasa. Boleh guna madu, stevia atau gula perang kalau taknak gula batu. Tapi sebaiknya jangan guna gula biasa sebab tak berkhasiat. Boleh tambah halia jika nak extra hot. Tambah lemon untuk extra vitamin c booster.
- Ketuk serai sampai pecah supaya kesemua khasiat serai masuk dalam air rebusan.
- Isi air dalam cerek terus (cerek jenis boleh masak atas induction cooker), atau dalam periuk pun boleh.
- Isi serai dan teh hijau.
- Masukkan gula batu terus ke dalam air. Mulakan merebus sampai mendidih.
- Dah didih, tutup api, dan biarkan seketika selama 10 minit. Biarkan dulu bahan-bahan berada dalam cerek. Nampak tak air dah bertukar warna perang? Kalau air bertukar hitam, cuba check, takut ada cicak tokek termasuk sekali tanpa sedar.
- Tuang secawan. Harumnyaaa aroma teh serai ni. Jadilah kau esok berwajah baby baby dengan teh awet muda yang satu ni. Simple kan? Tak buat jugak, tak tahulah.
Kos RM1 untuk 5 batang serai, dan RM10-RM15 untuk daun teh hijau asli sebungkus. Gula batu sepeket RM2.20. Kos tak sampai RM20, tapi boleh buat berkali-kali.
Jemput minum. Lepas minum ni berpeluh-peluh badan. Ini antara teh terbaik untuk diminum sebelum mulakan senaman atau buat kerja rumah.
Teh ni selamat diminum kanak-kanak ok. Tak perlu rebus 7 hari 7 malam. Cukup 10 minit untuk legakan cirit birit anak, demam dan sakit perut.
Oh jangan hairan lepas minum asyik nak kentut, sendawa dan kencing saja ok. Nilah “magic”nya teh serai awet muda ni. Amalkan gaya hidup sihat dengan bahan semulajadi dari dapur ok.
APA KEBAIKAN TEH SERAI?
1. Kalau selalu senggut sampai guling-guling dan bergulung macam tenggiling tu, bolehlah minum teh serai secawan bila senggugut menyerang takde belah kesian.
2. Untuk orang yang sakit-sakit urat, krem urat lepas bersukan, atau bersumo, boleh minum teh serai secawan ok. Serai bersifat antispasmodic, iaitu boleh melegakan otot yang kekejangan.
3. Melancarkan darah, buatkan badan berpeluh non stop macam berlari naik tangga 20 kali.
4. Detox semulajadi. Detox perut dan juga detox kulit. Jadi senang membuang, senang berpeluh dan anda pun sihat happily ever after.
5. Boleh melegakan sakit sendi dan arthritis.
6. Rumah yang selalu dimasuki ular, bolehlah tanam serai sekeliling pagar. Pantang 7 keturunan ular dekat dengan rumah yang ada pokok serai. Kalau dimasuki ular juga, belalah angsa sebagai bonus. Ular paling anti dengan bunyi angsa. Tapi angsa arwah abah dulu, kena telan juga dengan ular sawa. Bising sangat kot, jalan mudah, telan saja.
7. Melegakan selsema dan meningkat sistem imun badan, dan mengelakkan kerosakan sel badan. Jadi badan dan muka maintain awet muda.
APA SIDE EFFECT TEH SERAI?
1. Ibu mengandung tak boleh minum dikhuatiri berlaku birth defect disebabkan bahan aktif nama Citral dan Myrcene yang ada dalam serai.
2. Fungsi melancarkan darah haid juga menyebabkan risiko keguguran tinggi.
3. Orang berkulit sensitif tak boleh minum teh serai kerana serai ni boleh trigger ruam dan alergik.
SIAPA BOLEH MINUM?
Semua dari kanak-kanak hingga orang tua. Termasuk ibu menyusu. Tapi ibu menyusu tak perlu letak daun teh hijau ok. Teh hijau ada kafein. Elakkan.
Jika anda mengandung, berkulit sensitif, nak makan boleh, tapi dalam masakan saja ok. Elakkan minum teh, apatah lagi sapu minyak serai yang panas di kulit.
Boleh tengok cara buat di dalam gambar. Fiona dah ubahsuai resipi ni untuk tambah fungsi antioksida dan sejukkan badan.
BERAPA KALI MINUM SEHARI?
Serai bersifat diuretic. Boleh singkirkan garam dan air berlebihan dari badan. Efek kencing, berpeluh tu sangat biasa. Boleh minum 2-3 kali sehari. Tapi sebaiknya jangan tambah gula putih ok. Hilang khasiat dia tau.
Tambah halia untuk efek panas dan extra diuretic function. Orang yang ada darah tinggi, bengkak badan, kencing manis, elok minum teh serai ni. Kalau ada kencing manis, tolong jangan tambah gula batu, gula biasa, gula perang, madu, atau pemanis. Stevia saja ok.
Sebarkan kepada semua wanita sebab fiona nak bantu wanita lain berjimat untuk cantik secara semulajadi dengan bahan dari dapur.
The post Petua Wajib Cuba Untuk Wanita ”Kekal Muda” Dan Nampak Flawless appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu https://ift.tt/2K2p8m3
0 comments:
Post a Comment