Berhentilah merokok tu, tak sayang nyawa ke? Dah hisap rokok lama, takda sakit apa pon, sihat je. Selagi tak sakit teruk, selagi itu lah merokok tak merbahaya, ye tak? Tapi, kadang kala bukan perokok ini tak ada niat untuk berhenti, dah cuba tapi sukar, tambah pula jika anda seorang perokok tegar. Perit untuk hentikan ketagihan.
Apa kata anda cuba tips yang dikongsikan oleh wanita ini. Perkongsian oleh Alfa Shafirah yang tular di laman facebook boleh dijadkan panduan untuk anda yang ingin berhenti merokok. Saranan daripada doktor untuk menggunakan chewing gum ini khas untuk mereka yang ingin menghentikan ketagihan rokok.
Sepapan hanya berharga RM29.90 dan boleh didapati di farmasi. Suaminya yang juga seorang perokok tegar, berjaya menghentikan tabiat itu sejak 12 hari lalu setelah mengikut saranan doktor ini.
Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua.
Doktor sarankan beli chewgum untuk sapa nak brhenti merokok ya. Better beli tu di farmasi. untuk menggantikan nikotin.
Memang buang rokok badan binasa olehnya. Rasa nak leput, lemah sebelah badan, jantung kencang, selera makan kurang, tekak kering. Sensara selama 2 bulan.. syukur akhirnya dah masuk 12 hari suami buang rokok.. memang buang terus.. takda buang slow2, sebab dia jadi macam nie, badan di mainkan rokok.. sampai sekarang masih tak bermaya sebab nikotin tak ada.
Mudahan cepat baik.. harganya sepapan tu RM29.90, bila dah habis manis jangan di buang simpan ja dalam mulut tepi gigi, memang akan rasa nak muntah makan and tekak rasa tajam sebabnya nak buang nikotin lama dulu. Sapa nak buang rokok harap bertahan and bersabar. Buang rokok tak semudah ABC banyak simptom yang perlu dihadapi.. sharing is caring.
The post Serius Nak Berhenti Merokok, Ikut Saranan Doktor Ni appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu https://ift.tt/2KiSEEb
0 comments:
Post a Comment