thumbnail

Kekosongan Terkini di Jabatan Perikanan - Terbuka Lelaki & Wanita / Seluruh Negara

Posted by mimisabreena on Thursday, May 31, 2018




Kekosongan Terkini di Jabatan Perikanan

Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan 2018
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Perikanan sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Perikanan G29
2. Penolong Pegawai Penyelidik Q29

PERMOHONAN
PERIKANAN

Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Lihat Cara Mohon Jawatan di SPA.

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : 07 JUN 2018



from JOBCARI.COM | JAWATAN KOSONG 2018 https://ift.tt/2Laf3TO


May 31, 2018
thumbnail

Tak Sangka Inilah 5 Amalan Punca Keberkatan Rezeki Yang Kita Tak Perasan

Posted by mimisabreena on Wednesday, May 30, 2018

Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.

Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah.

Bayar Hutang
Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.

Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.

amalan keberkatan hidup, amalan rezeki berkat, amalan gaji berkat, amalan hidup berkat, cara dapatkan rezeki berkat, tanda rezeki berkat

Bagi Duit Pada Mak Ayah
Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.

Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.

Sedekah
Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.

Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.

Buat Baik Pada Binatang
Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.

amalan keberkatan hidup, amalan rezeki berkat, amalan gaji berkat, amalan hidup berkat, cara dapatkan rezeki berkat, tanda rezeki berkat

Solat Dhuha
Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.

Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.

Yang tak faham apa maksud keberkatan hidup tu boleh lihat video di bawah: Makna Hidup – Rezeki Yang Mendapat Berkat Dari Allah

The post Tak Sangka Inilah 5 Amalan Punca Keberkatan Rezeki Yang Kita Tak Perasan appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu https://ift.tt/2H2PHVA
May 30, 2018
thumbnail

Orang Tangan Panas Pun Dah Boleh Tanam Kunyit. Cuma Perlu Ikut Cara Ni

Posted by mimisabreena on

Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan. Tak ada lagi istilah ‘tangan panas’, semua boleh menanam kunyit jika ikut cara ni. Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :

“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”

KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!

Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia. Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.

Ok, berbalik kepada tajuk kita.

Apa Yang Perlu Ada?

1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.

cara tanam kunyit, tanam pokok kunyit dalam pasu, pokok kunyit dalam pasu, semai pokok kunyit dalam pot, semai poko kunyit dalam pasu

2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.cara tanam kunyit, tanam pokok kunyit dalam pasu, pokok kunyit dalam pasu, semai pokok kunyit dalam pot, semai poko kunyit dalam pasu

3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.

Cara Menanam

  1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
  2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
  3. Siram 2x sehari.
  4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.

Tip Tanam Kunyit

  1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
  2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
  3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.

Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?

  1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
  2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
  3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.

Cara penggunaan ubi kunyit

  1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
  2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
  3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
  4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.

cara tanam kunyit, tanam pokok kunyit dalam pasu, pokok kunyit dalam pasu, semai pokok kunyit dalam pot, semai poko kunyit dalam pasu

Tips gardening di rumah.

  1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
  2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
  3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
  4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
  5.  Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan : ‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’ (Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah.)

Dari proses menanam hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye. Mudahkan? Jom kita menanam.

sumber : Nurul ‘Izzah Zulkifli

Untuk lebih memahami cara nak tanam pokok kunyit dalam pasu, boleh tengok video ni:

The post Orang Tangan Panas Pun Dah Boleh Tanam Kunyit. Cuma Perlu Ikut Cara Ni appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu https://ift.tt/2kyvNsB
May 30, 2018
thumbnail

Hati-Hati, Kolesterol Anda Bisa Meningkat Karena Makanan Ini, Lho

Posted by mimisabreena on

Menurunkan kolesterol memang tidak mudah, tapi bukan berarti tidak bisa dilakukan. Salah satu cara termudah untuk mengontrol kolesterol adalah dengan menjaga pola makanan dan membatasi apa saja yang masuk ke dalam tubuh. Khususnya bagi Anda yang memiliki faktor lain penyebab kolesterol tinggi, seperti riwayat penyakit jantung pada keluarga. Untuk itu, bagi Anda yang sedang berusaha untuk menurunkan kolesterol, sebaiknya hindari makanan-makanan berikut ini karena mengandung kolesterol yang cukup tinggi.

1. Kerang. Untuk Anda yang suka mengonsumsi seafood, baiknya berhati-hati, nih. Sebab salah satu jenis seafood yang populer, yakni kerang, ternyata mengandung jumlah kolesterol yang sangat tinggi. Itu baru kerangnya saja, belum bahan olahannya yang sering digunakan untuk meraciknya. Mulai dari mentega atau bahkan bahan lainnya yang tinggi kolesterol. Hmm, terbayang dong berapa kadar kolesterol totalnya?

2. Mentega. Masih berkaitan dengan poin satu, Anda mungkin seringkali menggunakan mentega sebagai pelengkap untuk melezatkan sesuatu. Entah itu untuk olesan roti, sebagai pengganti minyak saat menumis ayam atau daging, dan masih banyak lagi. Meski enak dan gurih, mentega ini ternyata mengandung lemak trans dan sodium yang tinggi sehingga berpotensi meningkatkan kadar kolesterol serta tekanan darah tinggi.

3. Daging merah. Anda pastinya sudah tahu kalau daging merah merupakan salah satu makanan yang dapat meningkatkan kolesterol di dalam tubuh. Yap, bagaimana tidak pasalnya daging merah ini juga mengandung lemak di dalamnya. Belum lagi jika diolah dengan digoreng atau dipanggang. Wah, semakin tinggi saja ya kadar kolesterolnya. Jika Anda memang ingin mengonsumsi daging, baiknya pilih bagian dada dan olah dengan cara direbus saja, ya.

4. Fast food. Mengonsumsi fast food memang sudah menjadi kebiasaan sebagian besar masyarakat di Indonesia. Bagaimana tidak, rasanya yang enak dan penyajiannya yang cepat membuat Anda pun tergoda. Namun demikian, hati-hati sebab fast food mengandung banyak lemak trans yang bisa meningkatkan kolesterol jahat.

5. Es krim. Terakhir adalah es krim. Tidak banyak yang tahu bahwa es krim sebaiknya tidak boleh dikonsumsi untuk mereka yang punya kadar kolesterol tinggi. Bagaimana tidak, pasalnya es krim terbuat dari minyak nabati terhidrogenasi dan susu tinggi lemak, yang bisa meningkatkan kolesterol jahat dalam tubuh.
Itu dia beberapa makanan yang bisa meningkatkan kadar kolesterol di dalam tubuh. Yuk, hindari!


from Artikel kesehatan dan tips kecantikan https://ift.tt/2H5gNLw
May 30, 2018
thumbnail

Inilah 3 Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Tahan Lebih Lama Dan Sedap

Posted by mimisabreena on

Sambal kicap kalau dengan padanannya memang buat kita teringat-ingat. Baik dimakan dengan Pisang Goreng, Ikan Bakar atau boleh dimasukkan ke dalam sup untuk menaikkan rasanya. Sambal kicap memang pelbagai gunanya, jadi memang tak rugi kalau nak buat banyak-banyak dan jadikan stok simpanan.

Perkongsian yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal kicap ini mampu bertahan lama, sehingga bertahun lamanya. Jom kita ikut caranya.

Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak.

1. Cili dan kicap mesti sama sukatannya.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor

2. Kisar lama
Kisar cili dan kicap sampai hancur setiap biji cili. Kisar biar lama sikit. Kalau nak pedas piaw pakailah cili padi semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.

3. Masak Lama
Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.

Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.

Bukan sahaja perkongsian 3 cara ini, malah tiga rakan-rakan Fb juga berkongsi rahsia mereka sendiri untuk memastikan Sambal Kicap lagi sedap dan power. Jom tiru.

cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor

cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor

Thanks pada kawan-kawan di FB kasi tips extra.

i. Puan AiniBakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi.

ii. Puan NisaBoleh campur belacan goreng pada yang suka.

iii. Puan FawzikaGoreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak. Letakkan sedikit cuka ketika masak. Sambal jadi berkilat.

Selamat mencuba.

Credit : Fatimah Naamat

The post Inilah 3 Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Tahan Lebih Lama Dan Sedap appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu https://ift.tt/2ITS4j2
May 30, 2018
thumbnail

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Selayang - Tetap / Kontrak | Permohonan Terbuka

Posted by mimisabreena on Tuesday, May 29, 2018




Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Selayang

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Selayang 2018
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Selayang sebagaimana berikut:

1. Jurutera (Awam) J41
2. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
3. Penolong Jurutera (Awam) JA29
4. Penolong Pegawai Senibina JA29
5. Penolong Pegawai Penerangan S29
6. Penolong Arkitek Landskap JA29
7. Pembantu Tadbir (P/O) N19
8. Pembantu Penguatkuasa KP19
9. Pengawal Keselamatan KP11
10. Pembantu Awam H11
11. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. 

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 11 JUN 2018



from JOBCARI.COM | JAWATAN KOSONG 2018 https://ift.tt/2JbJ3RU


May 29, 2018
thumbnail

Jawatan Kosong di PUSPAKOM - Permohonan Terbuka

Posted by mimisabreena on




Jawatan Kosong di PUSPAKOM

Jawatan Kosong di PUSPAKOM 2018
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di PUSPAKOM sebagaimana berikut:

1. IT Change Coordinator
2. SOP Executive
3. Strategic Planning and Management Reporting Executive
4. Head of Operations Mobile Services and Vehicle Plan

PERMOHONAN
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui laman Jobstreet di pautan dibawahSila lakukan carian "PUSPAKOMdi laman Jobstreet. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 23 JUN 2018



from JOBCARI.COM | JAWATAN KOSONG 2018 https://ift.tt/2LF1PPZ


May 29, 2018
thumbnail

Wanita Ini Kongsi 13 Barang Rumah Korang Wajib Beli Di ECO Walaupun Murah Tapi Berkesan

Posted by mimisabreena on

Harga barang yang murah tak semestinya tidak berkualiti. Sebut sahaja kedai ECO, mak-mak mesti kenal, barangan rumah dijual di sini dengan harga RM2.12 sen sahaja. Untuk yang belum tahu, ini lah masanya untuk anda membeli barang pembersihan rumah yang memang berkesan digunakan dan berbaloi dibeli.

Tapi, antara banyak barang yang dijual, 13 barang pembersihan rumah ini merupakan barang yang korang wajib beli di ECO. Perkongsian oleh Puan Hani Mynis ini boleh dijadikan rujukan untuk anda. Memang berbaloi kerana ada di antaranya memang laku habis, jadi rebutan ramai !

13 barang pembersihan rumah wajib beli kat Eco! Siapa yang personally kenal hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2)!

Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi ! Tapi mcm mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20.

Punyalah obses, hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco haha lepas tu hani ajak dia pergi mcm buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw2 beli ni beli tu haha

Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yg hani dpt dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sgt dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.

Punyalah obses, kalau hani jumpa barang viral yg susah gila nak “dijumpai” tetiba dia ada kat situ berlambak, hani akan tegur stranger makcik yg ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ni viral makcik, susah nak dpt, bagus sngt!,beli lah!” haha sngt kepochi kan.

So sngt obses, hani kongsi kan 13 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjmpa kat Eco tu (sbb ada antara barang yg viral susah benau nak jumpa!!). Walaupun harga dia Rm2.12 jgn pndang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk haha

Ni post panjang, maaf!! Tp mode #hanisimakjemah is on! Haha. Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dlm gambar ni!


No 1 atas takhta ! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic?? Mmg magic sungguh hani rasa cm terharu kejap.

Apa je dia tak boleh cuci?

  • bersihkan segala dakwat, pen, permanent marker pen, pensil, crayon kat mana2 permukaan
  • bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air
  • bersihkan kesan2 tangan jari kat suis2
  • bersihkan kesan minyak , minyak sambal kat bekas makanan
  • kilatkan silverware, utensils, gelas kaca mangkuk kaca dan banyak lagi.

Kalau ada orang tanya hani mcm nak hilangkan kesan kotoran sekian sekian, jawapn hani, cuba dulu dengan magic span! Tak berkesan baru cuba cara lain haha.

Disebabkan viral nya magic span ni mmg bertuah sngt lah haritu kalau terjumpa kat kedai Eco menayang diri utk dibeli. So option lain, Mr diy, daiso dan shopee!

Kedua! Sabun basuh baju viral, hani bgtaw kat alif ni nama dia bongkah emas sebab nampk ni kat rak mata hani bulat mcm nampak sebongkah emas haha.

Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya utk laundry je, sagat dan simpn dalam bekas, agak2 tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) utk kesan extra extra shiny! Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai! Berkilat oit lantai lagi2 lantai tiles.

Sabun ni kalau nak basuh baju anak yg putih, baju sekolah hilangkan daki2 kat kolar baju, tahi lalat kat baju mmg berkesan, rendam kejap dlm air panas campur sabun yg dah disagat. Mmg magic! Tp kalau malas nak rendam2 terus je masuk dlm mesin boleh aja.

Sama mcm magic span, disebabkan viral nya susah nak jmpa, option lain ada jual kat mydin. Sabun buruh namanya tak silap.

Ingat tak hani pernah share roller sticker kat cleaning caddy hani? Hani dh tak guna tu, hani dh jumpa pengganti yang lebih power! Haha kenapa power? Sbb roller ni boleh basuh! Tak perlu lagi nak cabut2 sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja den hehe

Fungsi dia : Khas utk kutip rambut2 habuk2 kecil2 kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum!

Super tot pencuci lantai. Nama je Rm2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia mmg wangi sungguh. Yg penting tak payah nak bilas, tak melekit!

Microfiber cloth. Ni pun wajib ada lagi2 dlm “quick cleaning caddy” hani, bayangkan org nak datang rumah lagi 30 minit, kita nak kena kemas dan “bersihkan rumah” sikit ala kadar sebelum tetamu datang, jenuh lah kalau time tu juga nak lap habuk bagai kan hehe.

Yup pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana2 permukaan yg obvious habuk nya tu. Senang kerja ha. Hani guna masa nak quick cleaning je benda alah ni, lagi berkesan guna ni dari sapu2 guna duster, bulu ayam sbb microfiber ni sambil dia bersihkan dia perangkap habuk instead of dia “pindahkan” habuk tu ke tempat lain. Beli!

Wet tissue. Kalau nak lap kotoran2 kecil2 kat meja makan atau atas perabot.

Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu. Hujung besi tu untuk kikis kerak2 tu sebelum kita berus dengan berus besi tu.

Belakang kuali and periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok tu guna sabun viral yang kuning tadi! Shiny.

Stain remover. Sebab dlm kandungan dia ada peluntur mcm clorox tu, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15minit gitu, hilang segala kotoran tk perlu nak berus dah, tuang kat lantai pun boleh tp biarkan dia few minutes “bekerja” lepas tu basuh dgn air.

Elakkan kena kulit, sama mcm clorox semua tu. Kat Mr diy pn ada benda yg sama, label yg berbeza.

Disclaimer: disebabkan stain remover ni sngt “kuat” dikhuatiri beri effect pada tiles (ada sesetengah jenis tiles tak tahan), curah pda kawasan tile yg terlindung dulu. Letak sikit je tgk kesan nya.

Berus dengan tiga jenis berus (faham ke apa hani ckp haha). Untuk hani bersihkan dapur masak sebab kadang2 kat bahagian tungku tu ada keras2 atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span haha so guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dalam oven pun.

Penyepit span, pembersih tingkap! Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant smpi sekarang haha guna kan lah haha.

Plastik sampah wangi. Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi. Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu ha.


Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild) hani guna kalau setakat nak cuci2 biasa yg mingguan buat. Untuk kotoran biasa2 je. Kalau kotoran susah tanggal guna je stain remover tdi atau clorox. Not bad utk harga dia rm2.12!

The post Wanita Ini Kongsi 13 Barang Rumah Korang Wajib Beli Di ECO Walaupun Murah Tapi Berkesan appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu https://ift.tt/2ITu7IP
May 29, 2018
thumbnail

Inilah Khasiat Daun Dan Buah Belimbing Besi, Yang Suka Cicah Tu Mesti Terliur Tengok

Posted by mimisabreena on Monday, May 28, 2018

Teliurnya tengok belimbing besi ni kan? Apa lagi makan dengan cicah macam tu. Belimbing ni ianya tak semasam belimbing buluh. Yang dah masak tu lagi sedap. Banyak je di kedai orang jual. Tapi tahukah anda buah ni banyak manfaat kepada kesihatan kita.

1. Pucuk dan daunnya yang ditumbuk atau dikisar sehingga hancur boleh digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan cacar.

2. Menghilangkan Sakit Kepala
Orang dulu-dulu menghilangkan sakit kepala dengan meramas beberapa helai daun belimbing besi hingga hancur dan kemudian ditampalkan ke dahi.

khasiat buah belimbing besi, manfaat buah belimbing besi, petua buah belimbing besi, cara makan buah belimbing besi, buat jus buah belimbing besi

Menurut pesanan orang lama, kalau kita makan buah belimbing jangan sekali-kali makan gula pasir ataupun minum air sirap. Dikatakan memakan kedua-duanya pada masa yang sama boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

3. Menyembuhkan Demam Panas
Daun belimbing besi yang kering pula boleh digunakan untuk meredakan dan menyembuhkan demam panas.

4. Merawat Sakit Muntah-Muntah
Kalau ada yang tetiba diserang muntah-muntah berpanjangan. Dah makan ubat doktor tapi masih tak lega, ada petua tradisional yang boleh membantu. Caranya ialah dengan minum air rebusan daun dan buah belimbing.

5. Merawat Sakit Buah Pinggang
Bagi yang mengalami sakit pundi kencing, orang tua-tua dulu akan nasihatkan untuk selalu amal memakan buah belimbing besi

Mesti ramai nak tahu selain dari makan macam tu sahaja atau buat cicah, ada cara lain tak untuk menikmati buah belimbing besi ni? Jadi boleh tonton video di bawah:

The post Inilah Khasiat Daun Dan Buah Belimbing Besi, Yang Suka Cicah Tu Mesti Terliur Tengok appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu https://ift.tt/2GWtyrU
May 28, 2018
thumbnail

Inilah Hukum Tidur Selepas Asar Yang Sebenar,Tolong Jangan Abaikan

Posted by mimisabreena on

Sering keliru dengan hukum tidur setelah solat Asar? Kita sering mendengar adanya hadis yang melarang tidur setelah Asar, sebagaimana berikut:

“Aku hairan dengan orang yang terbaring dan tidur sesudah ‘Asar.”

“Barangsiapa yang tidur setelah asar kemudian akalnya hilang, maka janganlah dia menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”

Kedua hadis di atas bukanlah hadis shahih.

Hukum Tidur Setelah Waktu Solat Asar

kesan buruk tidur selepas asar, tidur selepas solat asar, kesan kepada kesihatan tidur selepas asar, larangan tidur selepas asar,

Terdapat dua pendapat yang masyhur di kalangan ulama tentang tidur sesudah Asar. Pertama, hukumnya makruh, yakni lebih baik jika tidak dilakukan, sebagaimana yang disebutkan oleh banyak fuqaha’ dalam kitab-kitab fikih mereka.

Sebahagian yang lain berdalil dengan hadis dhaif di atas. Ada juga yang berdalil dengan sebahagian ucapan para salaf dan kajian kesihatan.

Khawat bin Jubair –dari kalangan sahabat- berkata tentang tidur di petan hari, ia tindakan bodoh. Sedangkan Makhul dari kalangan Tabi’in membenci tidur sesudah Asar dan risau orangnya akan terkena gangguan was-was. (Lihat: Mushannaf Ibnu Abi Syaibah: 5/339)

Ibnu Muflih dalam al-Adab al-Syar’iyyah (3/159) dan Ibnu Abi Ya’la dalam Thabaqat al-Hanbilah (1/22) menukil keterangan, Imam Ahmad bin Hambal memakruhkan bagi seseorang tidur sesudah ‘Ashar, beliau khawatir akan (kesehatan) akalnya.

Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Zaad al-Ma’ad (4/219) tidur siang hari adalah buruk yang boleh menyebabkan berbagai penyakit dan bencana, menyebabkan malas, melemahkan syahwat kecuali pada siang hari di musim panas. Dan yang paling buruk, tidur di pagi hari dan di hujung hari sesudah Ahar.

Pendapat kedua: Membolehkan tidur sesudah Asar. Kerana hukum asal dari tidur adalah mubah, dan tidak ada hadis shahih yang melarangnya.

Padahal hukum syar’i itu diambil dari hadis-hadts shahih, bukan dari hadis-hadis lemah apalagi hadis palsu yang didustakan atas nama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan tidak pula ditetapkan dari pendapat-pendapat manusia.

Dalam fatawa al-Lajnah al-daimah (26/148) disebutkan satu pertanyaan: “Aku pernah mendengar dari orang-orang yang mengharamkan tidur sesudah Asar, apakah pendapat itu benar?”

Lalu dijawab: “Tidur sesudah Asar termasuk bahagian dari kebiasaan yang dilakukan sebahagian orang, dan itu tidak apa-apa. Sementara hadis-hadis yang melarang tidur sesudah Asar tidak shahih.”

Memakai pendapat yang mana? Silakan menentukan sendiri, akan tetapi sebagai tambahan, ada beberapa hal yang kurang baik ketika tidur di waktu Asar:

1. Jam Badan Kita Terganggu
Dapat menimbulkan kekeliruan waktu, maksudnya saat bangun tidur kita tidak boleh membezakan hari sudah malam atau pagi.

Sebab saat tidur petang hari kita mengalami perubahan suasana dari petang hari (masih terang) menjadi petang (gelap), akibatnya saat bangun kita dipaksa untuk berfikir, ini pagi atau malam?

Sedang sebenarnya saat kita tidur otak ini berfikir di bawah separa sedar, ketika terbangun kita dipaksa untuk berfikir sedar secara mendadak.

Secara semulajadi,pemikiran separa sedar akan mengatakan bahwa kita bangun pada pagi hari akan tetapi secara fikiran sedar (saat bangun) kita menganggap bahwa bangun saat malam hari.

2. Dikhawatirkan Terlepas Waktu Solat Maghrib
Tidur setelah waktu solat Asar dikhawatirkan akan terlepas solat Maghrib dan Isyak. Untuk menghindari hal itu, jika tetap mahu tidur selepas sholat asar, usahakan bangun sebelum matahari mulai terbenam.Sehingga kita tidak mengalami perubahan suasana dari terang menjadi gelap

3. Tidur Petang Dapat Meningkatkan Perubahan Negatif Pada Hormon
Kerana proses saat bangun di petang hari membebankan keadaan stress pada bahagian tubuh. Terdapat pula penelitian yang menyebutkan bahawa tidur petang juga dapat membuat seseorang lebih sering mengalami mimpi buruk.

Berdasarkan peneliti dari Huazhong University of Science and Technology di China juga menemukan bahwa tidur disiang hari tidak boleh lebih dari 30 minit.

24% dari orang yang sering tidur siang hari memiliki kadar kolesterol dalam tubuh yang lebih tinggi dibandingkan dengan 19% dari mereka yang tidak pernah tidur di waktu tersebut.

Hasil penelitian yang ditemukan pun menyebutkan bahwa tidur petang hari dapat menurunkan tingkat ingatan seseorang. Para ilmuwan mengatakan tidur petang yang kurang dari 30 minit atau tidak tidur petang sama sekali dapat mengurangi kemungkinan orang terkena diabetes.

Dari penelitian disimpulkan bagi yang biasa tidur petang akan berisiko tinggi terkena penyakit diabetes, apalagi mereka yang kurang bersukan. Selain itu, seseorang yang tidur siang terlalu lama, maka pada malam harinya cenderung akan mengalami kesulitan tidur.

Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum tidur selepas waktu asar:-

The post Inilah Hukum Tidur Selepas Asar Yang Sebenar,Tolong Jangan Abaikan appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu https://ift.tt/2sk6A9N
May 28, 2018
thumbnail

6 Pes Masakan Serba Guna Ini Mampu Mudahkan Kerja Memasak Kaum Ibu

Posted by mimisabreena on Sunday, May 27, 2018

Bulan puasa ini kaum ibu kalau boleh nak mudahkan semua kerja memasak. Maklumlah pulang kerja waktu petang ada sedikit saja masa untuk sediakan hidangan sebelum berbuka.

Sama juga situasi bila bersahur. Sebab itulah kena buat apa cara saja yang pantaskan kerja memasak. Terima kasih pada Awien Ariff yang sudi berkongsi tip yang bakal mudahkan kerja ibu di dapur.

Dia berkongsi cara membuat 6 jenis pes yang boleh menyediakan pelbagai hidangan dalam masa yang singkat dari sambal, masak lemak, goreng-goreng hinggalah ke ikan atau ayam bakar. Semuanya boleh! Kalau ada tetamu datang mengejut untuk buka puasa pun tak de masalah!

1.Pes Cili Kering

  • Rebus cili kering dulu.
  • Blend cili Kering, bawang besar, bawang putih
  • Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, bawang besar 4 biji, bawang putih 10 biji

Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:

  • Bihun Goreng
  • Mee Goreng
  • Kuew Teow Goreng
  • Maggie Goreng
  • Nasi Goreng
  • Asam Pedas
  • Sambal sotong
  • Sambal udang
  • Sambal ayam
  • Sambal ikan

Contoh masakan: Sambal udang petai

  1. Tumis PES 1 ( 3 SENDUK). MINYAK 5 SENDUK. Masak sambal kena guna banyak minyak. Nanti tak sedap.
  2. Dah pecah minyak, masukkan petai.
  3. Masukkan Udang & Asam keping sedikit.
  4. Rasakan dgn garam & perasa/gula.SIAP!
  5. Note: Cuci udang bersih-bersih kepala tu buang ok!

2. Santan Kotak

Kalau nak buat santan perah sendiri lagi bagus, letak kat dalam plastik bungkus masuk freeezer.

3. Pes Ikan Bakar

  • Blend serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih, Cili kering
  • Ok yang ini korang agak je lah ya. Serai tu lebih sikit. Balance kan semua bahan-bahan.
  • Dah siap, please masak dulu ya. Masukkan garam, gula Melaka. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais.

Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:

  • Ikan Bakar
  • Rendang ayam
  • Rendang daging
  • Rendang kerang
  • Masak hitam
  • Kerutuk
  • Kuzi
  • Ayam Masak Merah
  • Ayam bakar

Contoh masakan :  Ikan kembung bakar

Cara membuat:

  1. Cuci ikan bersih-bersih.
  2. Perap ikan guna PES 3.
  3. BAKAR!
  4. Nota: Kita niaga ikan & ayam bakar mmg pakai ni!

4. Pes Masak Lemak

  • Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili akar warna hijau
  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 8 biji
  • Halia seketul
  • Kunyit hidup sebiji
  • Cili Hijau (ikut nak pedas mana)

Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:

  1. Masak lemak ayam,
  2. Masak lemak daging
  3. Masak lemak ikan
  4. Masak lemak ikan masin

Contoh masakan : Masak lemak ikan masin

Cara membuat:

  1. Tumis PES 4 (3 SUDU) bersama 1 batang serai yang diketuk.
  2. Dah naik bau, masukkan santan & air sedikit.
  3. Masukkan asam keping
  4. Masukkan ikan masin yang sudah dicuci terlebih dahulu.
  5. Masukkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
  6. Masukkan Bendi, tomato dan daun kunyit yang disimpul.
  7. Rasa dahulu, kalau kurang masin, letak garam sedikit.

5. Pes Cili Api

  • Cili, Bawang Merah (yang kecil), Bawang putih
  • Cili 20 biji (kita guna cili akar je, rumah ni tak makan pedas)
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 5 biji

INI KATEGORI PES SERBAGUNA.

Antara masakan yang menggunakan pes ini:

  • Nasi Goreng
  • Bihun Goreng
  • Mee Goreng
  • Maggie Goreng
  • Sambal ayam hijau
  • Ikan sambal cili api
  • Segala jenis tumis boleh guna pes ni (tumis sayur etc)

Nota: Kita berniaga ikan & ayam bakar memang pakai ni

Contoh masakan : Sambal cili ikan kembung

Cara membuat

  1. Goreng ikan terlebih dahulu.
  2. Tumis pes  5 SENDUK sampai terbit minyak dalam minyak gorengan ikan tadi.
  3. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat.
  4. Masukkan garam & gula sedikit.
  5. Masukkan ikan goreng tadi.

6. Pes Kari Ayam/Ikan

  • Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili, serbuk kari
  • Bawang merah 20 biji
  • Bawang putih 10 biji
  • Cili merah 5 biji
  • Halia 3 inci (lebih kurang seketul)
  • kunyit hidup 2 inci (lebih kurang seketul)
  • Serbuk kari ayam (3 peket kecil)

ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES NI:

  1. Of course kari ayam
  2. Kari daging
  3. Kari telur
  4. Ikan Bakar Portugis

Sumber: Awien Ariff

The post 6 Pes Masakan Serba Guna Ini Mampu Mudahkan Kerja Memasak Kaum Ibu appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu https://ift.tt/2J6Klxs
May 27, 2018
thumbnail

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL - Pelbagai Jawatan

Posted by mimisabreena on




Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL 2018
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD41
2. JURUUKUR BANGUNAN J41
3. KERANI OPERASI PSH

PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. L

Lokasi : KL
Tarikh Tutup : 09 JUN 2018



from JOBCARI.COM | JAWATAN KOSONG 2018 https://ift.tt/2Lyzkn3


May 27, 2018
thumbnail

Inilah 4 Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur

Posted by mimisabreena on

Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang. Bahasa lain, design our destiny. Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju. Tiada matlamat utama yang ingin dicapai.

Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah. Kita salahkan Allah, “Kenapa Kau beri aku begini?”. Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa. Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan.

Ada pepatah: “Jika kamu gagal merancang, beerti kamu merancang untuk gagal.”

 3 Sebab Mengapa Tiada Impian

  • Terlalu kuat bekerja
  • Kesibukan
  • Mempunyai jadual yang padat

… sehingga lupa umur semakin meningkat ke arah umur 40 tahun. Sebaiknya kita tidak menjadi kapal  yang bersauh tanpa destinasi.

Penting ada pencapaian yang ingin dicapai, seperti menggunakan konsep Stepping Stone, iaitu susunan batu yang semakin menaik. Tiap langkah ada pencapaian yang semakin meningkat. Ia diadaptasi seperti dalam sebuah hadis.

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru penting adakan impian dan pencapaian yang kita ingin capai, supaya kita sentiasa menjadikan hari kita lebih baik daripada semalam. Insya-Allah.

petua menjemput jodoh, jemput jodoh, doa jemput jodoh, doa mudahkan jodoh, amalan mudahkan jodoh, amalan mencari jodoh

 Perkara Yang Menolak Jodoh

Antaranya adalah kurang yakin dan bersangka buruk kepada Allah. Andai sekarang kita sudah berumur 40 tahun, jangan merendahkan keyakinan sendiri dengan berkata,

  • “Aku sudah berumur 40 tahun, mana mungkin dapat yang berumur 30 tahun.”
  • Tidak mustahil dapat yang umur 25 tahun.
  • “Aku sudah berumur 39 tahun, mana mungkin dapat jodoh pada umur ini.”

Tahun itu belum berakhir, justeru jangan buruk sangka pada Allah bahawa Dia tidak akan temukan jodoh kita walau sudah berusia 39 tahun. Sekali lagi – yakin.

Hatta The Beast pun dapat The Beast, pasti insya-Allah The Beauty akan dapat The Beautynya. Yakin.

Akad Nikah – Waktu Mustajab Doa

Ustaz Yusuf Mansur berkongsi, antara waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika upacara akad nikah. Malaikat berada di majlis semulia itu yang insya-Allah akan memudahkan doa-doa yang dibaca ketika itu dimakbulkan dengan mudah.

Proses Menyeru Jodoh – Kisah Mak Dan Anak

Dalam proses menyeru jodoh, ada tertibnya.

  • Banyakkan berdoa
  • Perhatikan tanda-tanda Allah – selepas berdoa, perhatikan tanda-tanda Allah. Barangkali Allah memberikan sesuatu setelah kita berdoa
  • Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
  • Lalui moment itu – go with the flow

Berdasarkan kisah benar di Indonesia. Seorang anak perempuan sudah berumur 35 tahun, masih belum mendapatkan jodohnya. Justeru, suatu hari mak mengajak anaknya itu untuk berdoa. Mereka bangun malam dan sama-sama berdoa supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.

Tiap kali solat mereka berdoa, hatta pada solat Dhuha. Selepas 7 hari mengamalkannya, ada surat jemputan reunion datang ke rumah mereka. Apabila si mak khabarkan kepada anak perempuannya, kelihatan anaknya itu malas.

Si mak cuba memujuk dengan mengatakan, ada kemungkinan jodohnya di situ. Mungkin ia adalah tanda-tanda Allah memakbulkan doa mereka dengan sampainya surat jemputan reunion itu di rumah mereka.

Anak perempuannya tersedar dan bersetuju untuk pergi. Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin surat reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka. Tidak cukup dengan itu, mak dan anak itu bersedekah dengan apa yang ada pada mereka.

Antara barang yang mereka sedekahkan adalah cincin, untuk meningkatkan pemakbulan doa mereka kepada Allah.

Si anak perempuan mula menelefon kawan-kawannya. Majoriti kawannya tidak datang ke reunion itu. Kemudian, anaknya itu datang ke reunion itu. Ketika anaknya datang ke reunion, tiada satu pun kawan-kawan sebatch dengannya, datang pada hari itu.

Suatu ketika, ada seorang lelaki menegurnya. Selepas berbual, rupa-rupanya lelaki itu juga tiada kawan-kawannya yang datang, yang dia kenal. Beberapa minit mereka berbual, tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang kepada lelaki itu.

Perempuan itu mula rasa kecewa. Kemudian, perempuan itu bertanya, kepada lelaki itu – daripada tadi hanya nampak anak, isterinya di mana? Lelaki itu menjawab, isterinya telah meninggal. Perempuan itu mula tersenyum. Si perempuan bertanyakan bila isterinya meninggal.

Si lelaki menjawab sudah 2 tahun. Selepas itu, perempuan meluahkan dia juga masih belum berkahwin. Mereka berkawan selama 3 bulan, dan seterusnya bernikah.

 4 Proses Menjemput Jodoh

Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan. Ia ada dalam firman Allah:

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)

Banyakkan berdoa
Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa. Berdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil. Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil.

Berdoa tiap kali selepas solat. Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah. Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.

Kenali tanda-tanda Allah
Daripada kisah di atas, selepas 7 hari mereke berdoa, ada surat jemputan yang datang ke rumah mereka. Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita.

Justeru, selepas berdoa penting peka dengan tanda-tanda yang Allah. Walau sekecil zarah pun, syukuri atas tiap-tiap tanda Allah itu walau kelihatan remeh.

Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
Walau tanda-tanda Allah sudah mereka dapat, mereka tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa. Supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.

Lalui situasi itu
Setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah, dan sedekah, lalui situasi itu. Seperti kisah di atas, anak perempuan itu pergi sahaja ke reunion itu walau tiada kawan-kawan yang sebatch dengannya yang datang.

Dengan doa, dia bertemu jodohnya di situ. Dia berkawan dengan lelaki yang ditemui di reunion itu, dan alhamdulillah selepas 3 bulan, mereka bernikah.

Begitulah saranan Ustaz Yusuf Mansur dalam penjemput jodoh. Insya-Allah apabila mengamalkan 4 perkara di atas, ada sesuatu yang akan terjadi. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.

The post Inilah 4 Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu https://ift.tt/2sfXRo0
May 27, 2018
thumbnail

Cara Memohon Jawatan di Jabatan Perikanan Malaysia - Terbuka Sepanjang Tahun

Posted by mimisabreena on Saturday, May 26, 2018




Cara Memohon Jawatan di Jabatan Perikanan Malaysia

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Perikanan Malaysia DOF sebagaimana berikut:

1. Pembantu Perikanan Gred G19 - Terbuka Lelaki & Wanita 
2. Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 - Terbuka Lelaki & Wanita 
3. Pegawai Perikanan Gred G41 - Terbuka Lelaki & Wanita 

PERMOHONAN
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Sila lihat pautan : 
Syarat Kelayakan & Gaji Pembantu Perikanan G19
Syarat Kelayakan & Gaji Pen. Pegawai Perikanan G29
Syarat Kelayakan & Gaji Pegawai Perikanan G41

Panduan : Cara Memohon Di Laman SPA

Baca Cara Mohon Jawatan AADK
Baca Cara Mohon Jawatan JPJ

Baca Cara Mohon Jawatan Imigresen
Baca Cara Mohon Jawatan JPN

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN



from JOBCARI.COM | JAWATAN KOSONG 2018 https://ift.tt/2xh9C3k


May 26, 2018
thumbnail

Minum ‘Banana Smoothies’ Bukan Sekadar Mengenyangkan Tapi Bantu Berat Badan Turun Di Bulan Puasa Ni

Posted by mimisabreena on Friday, May 25, 2018

May 25, 2018
thumbnail

Dr Hamid Arshat Pun Amal 11 Petua Awet Muda Seperti Tun Mahathir

Posted by mimisabreena on

May 25, 2018
thumbnail

Temuduga Terbuka Pos Malaysia

Posted by mimisabreena on




Temuduga Terbuka Pos Malaysia

Temuduga Terbuka Pos Malaysia 2018
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Pos Malaysia sebagaimana berikut:

1. Posmen
2. Kurier / Pemandu Van

PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. 

Lokasi : PERAK
Tarikh Temuduga : 28 MEI 2018



from JOBCARI.COM | JAWATAN KOSONG 2018 https://ift.tt/2KV8og5


May 25, 2018