Harga barang yang murah tak semestinya tidak berkualiti. Sebut sahaja kedai ECO, mak-mak mesti kenal, barangan rumah dijual di sini dengan harga RM2.12 sen sahaja. Untuk yang belum tahu, ini lah masanya untuk anda membeli barang pembersihan rumah yang memang berkesan digunakan dan berbaloi dibeli.
Tapi, antara banyak barang yang dijual, 13 barang pembersihan rumah ini merupakan barang yang korang wajib beli di ECO. Perkongsian oleh Puan Hani Mynis ini boleh dijadikan rujukan untuk anda. Memang berbaloi kerana ada di antaranya memang laku habis, jadi rebutan ramai !
13 barang pembersihan rumah wajib beli kat Eco! Siapa yang personally kenal hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2)!
Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi ! Tapi mcm mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20.
Punyalah obses, hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco haha lepas tu hani ajak dia pergi mcm buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw2 beli ni beli tu haha
Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yg hani dpt dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sgt dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.
Punyalah obses, kalau hani jumpa barang viral yg susah gila nak “dijumpai” tetiba dia ada kat situ berlambak, hani akan tegur stranger makcik yg ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ni viral makcik, susah nak dpt, bagus sngt!,beli lah!” haha sngt kepochi kan.
So sngt obses, hani kongsi kan 13 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjmpa kat Eco tu (sbb ada antara barang yg viral susah benau nak jumpa!!). Walaupun harga dia Rm2.12 jgn pndang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk haha
Ni post panjang, maaf!! Tp mode #hanisimakjemah is on! Haha. Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dlm gambar ni!
No 1 atas takhta ! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic?? Mmg magic sungguh hani rasa cm terharu kejap.
Apa je dia tak boleh cuci?
- bersihkan segala dakwat, pen, permanent marker pen, pensil, crayon kat mana2 permukaan
- bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air
- bersihkan kesan2 tangan jari kat suis2
- bersihkan kesan minyak , minyak sambal kat bekas makanan
- kilatkan silverware, utensils, gelas kaca mangkuk kaca dan banyak lagi.
Kalau ada orang tanya hani mcm nak hilangkan kesan kotoran sekian sekian, jawapn hani, cuba dulu dengan magic span! Tak berkesan baru cuba cara lain haha.
Disebabkan viral nya magic span ni mmg bertuah sngt lah haritu kalau terjumpa kat kedai Eco menayang diri utk dibeli. So option lain, Mr diy, daiso dan shopee!
Kedua! Sabun basuh baju viral, hani bgtaw kat alif ni nama dia bongkah emas sebab nampk ni kat rak mata hani bulat mcm nampak sebongkah emas haha.
Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya utk laundry je, sagat dan simpn dalam bekas, agak2 tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) utk kesan extra extra shiny! Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai! Berkilat oit lantai lagi2 lantai tiles.
Sabun ni kalau nak basuh baju anak yg putih, baju sekolah hilangkan daki2 kat kolar baju, tahi lalat kat baju mmg berkesan, rendam kejap dlm air panas campur sabun yg dah disagat. Mmg magic! Tp kalau malas nak rendam2 terus je masuk dlm mesin boleh aja.
Sama mcm magic span, disebabkan viral nya susah nak jmpa, option lain ada jual kat mydin. Sabun buruh namanya tak silap.
Ingat tak hani pernah share roller sticker kat cleaning caddy hani? Hani dh tak guna tu, hani dh jumpa pengganti yang lebih power! Haha kenapa power? Sbb roller ni boleh basuh! Tak perlu lagi nak cabut2 sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja den hehe
Fungsi dia : Khas utk kutip rambut2 habuk2 kecil2 kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum!
Super tot pencuci lantai. Nama je Rm2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia mmg wangi sungguh. Yg penting tak payah nak bilas, tak melekit!
Microfiber cloth. Ni pun wajib ada lagi2 dlm “quick cleaning caddy” hani, bayangkan org nak datang rumah lagi 30 minit, kita nak kena kemas dan “bersihkan rumah” sikit ala kadar sebelum tetamu datang, jenuh lah kalau time tu juga nak lap habuk bagai kan hehe.
Yup pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana2 permukaan yg obvious habuk nya tu. Senang kerja ha. Hani guna masa nak quick cleaning je benda alah ni, lagi berkesan guna ni dari sapu2 guna duster, bulu ayam sbb microfiber ni sambil dia bersihkan dia perangkap habuk instead of dia “pindahkan” habuk tu ke tempat lain. Beli!
Wet tissue. Kalau nak lap kotoran2 kecil2 kat meja makan atau atas perabot.
Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu. Hujung besi tu untuk kikis kerak2 tu sebelum kita berus dengan berus besi tu.
Belakang kuali and periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok tu guna sabun viral yang kuning tadi! Shiny.
Stain remover. Sebab dlm kandungan dia ada peluntur mcm clorox tu, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15minit gitu, hilang segala kotoran tk perlu nak berus dah, tuang kat lantai pun boleh tp biarkan dia few minutes “bekerja” lepas tu basuh dgn air.
Elakkan kena kulit, sama mcm clorox semua tu. Kat Mr diy pn ada benda yg sama, label yg berbeza.
Disclaimer: disebabkan stain remover ni sngt “kuat” dikhuatiri beri effect pada tiles (ada sesetengah jenis tiles tak tahan), curah pda kawasan tile yg terlindung dulu. Letak sikit je tgk kesan nya.
Berus dengan tiga jenis berus (faham ke apa hani ckp haha). Untuk hani bersihkan dapur masak sebab kadang2 kat bahagian tungku tu ada keras2 atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span haha so guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dalam oven pun.
Penyepit span, pembersih tingkap! Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant smpi sekarang haha guna kan lah haha.
Plastik sampah wangi. Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi. Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu ha.
Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild) hani guna kalau setakat nak cuci2 biasa yg mingguan buat. Untuk kotoran biasa2 je. Kalau kotoran susah tanggal guna je stain remover tdi atau clorox. Not bad utk harga dia rm2.12!
The post Wanita Ini Kongsi 13 Barang Rumah Korang Wajib Beli Di ECO Walaupun Murah Tapi Berkesan appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu https://ift.tt/2ITu7IP
0 comments:
Post a Comment