Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu & terus boleh minum. Nampak simple tapi minuman ni boleh buat perut anda tahan sampai waktu berbuka. Jom tengok macam mana nak buat pati kurma ni.
PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Buah kurma
CARA MEMBUAT:
- Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
- Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
- Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
- Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
- Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadiah Latfi
The post Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur. Memang Mudah & Cepat appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu https://ift.tt/2knzRMh
0 comments:
Post a Comment