Bersenam adalah salah satu daripada kaedah pembakaran kalori dalam tubuh badan. Ramai yang tidak akan makan selepas bersenam kerana bimbang berat badan akan bertambah. Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan yang boleh dijadikan snek selepas bersenam.
Apa yang penting, snek ini adalah menyihatkan dan pasti akan membuatkan anda berasa 'kenyang'. Berikut adalah snek yang sesuai diambil selepas bersenam:
1. Mentega kacang
Kandungan lemak sihat dan protein di dalam mentega kacang dikatakan dapat memberikan tenaga kepada anda. Selain itu, ianya juga dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang stabil dan menghalang keletihan. Namun, pengambilannya cukup sekadar dua sudu besar sahaja. Anda boleh sapukan pada sebiji epal hijau atau strawberi untuk dijadikan snek.
2. Pisang
Karbohidrat yang terdapat dalam pisang merupakan sumber tenaga yang baik untuk badan. Makanlah dua biji pisang sehari selepas bersenam.
3. Oat
Oat adalah tinggi kandungan serat. pengambilan oat dapat membuatkan anda berasa kenyang. Anda boleh campurkan oat dengan buah-buahan.
4. Telur
Vitaman B2 iaitu riboflavin yang terdapat dalam telur membantu menukar makanan menjadi tenaga. Telur juga mengandungi protein lengkap yang mengandungi semua asid amino essential bagi tubuh manusia. Ia juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori sekaligus dapat membantu menurunkan berat badan.
5. Yogurt
Satu kajian menunjukkan bahawa yogurt mampu membuatkan seseorang mempunyai kawalan selera yang lebih baik dan berasa kenyang lebih lama. Pengambilan yogurt selepas bersenam adalah sangat sesuai. Selain itu, yogurt juga membekalkan protein yang tinggi untuk menyokong, membina dan membaiki tisu-tisu badan seperti otot.
Oleh itu, usah gusar untuk menjadikan makanan di atas sebagai snek selepas aktiviti bersenam. Pasti perut anda akan berasa kenyang dan kesihatan anda terjamin. Selain itu, jangan lupa minum banyak air kosong untuk mengembalikan cecair dalam badan yang keluar sebagai peluh ketika bersenam.
from Tip dan Petua https://ift.tt/31CCL5Y
0 comments:
Post a Comment