Amalan minum air rebusan herba memang diakui telah lama disarankan oleh orang tua-tua untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan. Antara banyak-banyak minuman herba tersebut, salah satunya adalah minum air rebusan daun manggis.
Apa istimewanya minum air rebusan daun manggis?
Sebenarnya banyak petua dan cara rawatan alternatif yang boleh diamalkan dalam usaha menyembuhkan penyakit yang dialami. Ini diakui sendiri oleh Puan Zuriaty apabila melihat perubahan yang positif pada tahap kesihatan suaminya setelah mengamalkan minum air rebusan tersebut.
“Buah Manggis bukan saja enak dimakan tapi rupanya daun manggis ni banyak khasiatnya. Ini antara amalam suami saya sejak beberapa bulan yang lalu dan Alhamdulillah kencing manis ,kolesterol dan sengal sengal badan semakin ada peningkatannya. Jadi saya nak kongsi dengan kawan kawan semua semoga memberi manfaat. Insyallah”–Zuriaty Hj Musa
Bahan-bahan:
- 10 helai daun manggis
- 4 gelas air
- Periuk tanah
Cara caranya
1. Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam.
2. Carik carikkan daun manggis, lagi halus lagi bagus.
3. Masukkan 4 gelas air di dalam periuk
4. Masukkan semua daun manggis tadi yang telah direndam air garam.
5.Renehkan di atas api yang sangat perlahan. Reneh sehingga air tadi jadi separuh.
6. Reneh sehingga airnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Kemudian tunggu sejuk barulah ditapis. Buang daunnya. Airnya disimpan dalam bekas dan simpan di dalam peti air untuk mengelakkan dari rasa masam
Ekstra info :
- Setiap pagi minum suku cawan . Hangatkan terlebih dahulu
- Minum 1 gelas air suam
- 15 minit kemudian barulah sarapan pagi
Sumber : Zuriaty Hj Musa
Bagi mereka yang mengambil ubat doktor, sila dapatkan nasihat dari doktor sebelum mencuba petua ini.
The post Diakui Ada Perubahan Yang Positif, Amalkan Air Rebusan Ini Untuk Kawal Kencing Manis appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://bit.ly/2UMfQ1v
0 comments:
Post a Comment