Resipi Sos Black Pepper Ini Viral Kerana Paling Senang Nak Buat & Sedap

Posted by mimisabreena on Wednesday, May 8, 2019

Kalau nak sedia hidangan western atau ayam panggang di rumah, sos black pepper inilah yang paling penting. Kalau sos ini tak sedap, semua boleh failed.

Ramai yang sangka nak buat sos ini susah tapi bila melihat perkongsian Fyda Nz‎ rupanya langkah menghasilkan sos black pepper ini tersangatlah mudah. Cuma empat langkah ringkas dah terhasil sos yang menurutnya cukup enak. Sebab itu lah perkongsiannya viral hingga mendapat mendapat hampir 10k perkongsian dalam sebuah page masakan.

Jom tengok caranya:

Percaya tak empat bahan yang ada dalam gambar di bawah ini boleh menghasilkan sos blackpepper yang mudah dan sedap? Ya betul, tak tipu. Sedap dan bertambah kalau makan, resipi saya sertakan di setiap gambar. Selamat mencuba.

1. Bahan utama:

  • Sos lada hitam (saya guna sos Longson )
  • Cream of mushroom soup
  • Cream of chicken soup mix (kiub ayam)
  • Tepung gandum

2. Masukkan dua sudu makan cream of mushroom

3.  Masukkan  dua sudu makan tepung gandum

4. Campurkan Cream of chicken soup mix (kiub ayam)

5. Masukkan air

Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul . Bila dah tak berketul masukkan lebihan air tu dalam anggaran setengah periuk seperti dalam gambar.

6. Hidupkan api

Bila dah masukkan air stgh periuk baru hidupkan api dan masak atas dapur .  Bila dah mendidih masukkan sos lada hitam Longson. Sambil-sambil tu kacau ya. Kalau tidak nanti berketul dan kuah jadi tak cantik.

7. Ok dah siap!

Kredit : Fyda Nz

The post Resipi Sos Black Pepper Ini Viral Kerana Paling Senang Nak Buat & Sedap appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://bit.ly/305JjYi

Previous
« Prev Post

Related Posts

May 08, 2019

0 comments:

Post a Comment