Bagi mengolah daging kambing untuk masakan memang tidak semudah seperti daging lembu. Silap sedikit, bau hanyir akan menyelubungi seluruh dapur rumah anda.
Untuk menghindari itu, anda anda boleh pertimbangkan beberapa tips yang diberikan oleh Ibrahim, chef restoran Al-Jazeera Signature, Indonesia.
Pertama, sebaiknya pilih daging yang berasal dari kambing muda. Usianya sekitar tujuh hingga lapan bulan. Katanya daging muda lebih lembut berbanding kambing dewasa.
Dari segi rasa, daging kambing muda pun dikatakan lebih manis. Kalau lebih dari 8 bulan, rasanya sudah keras. Kalau muda manis dan empuk. Untuk perap, disarankan tidak mencuci kambing. Anda sudah tahu bukan bahawa daging kambing akan bau hanyir ketika tersentuh air dan jangan terus dimasak.
Setelah dipotong atau difillet terus dimasak, jangan disimpan-simpan. Anda boleh merebus daging dengan sejumlah rempah. Cara ini juga mampu menghilangkan bau kurang menyenangkan dari kambing.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
The post Tip Mudah Masak Daging Kambing Jadi Sedap, Empuk Tak Hanyir appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://bit.ly/2vJMirq
0 comments:
Post a Comment