[update] Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2020 - Credit To : kerjayaharian.com
Tarikh Bayaran Pencen 2020
JPA Pencen melalui portal rasmi mereka baru sahaja menerbitkan jadual tarikh bayaran pencen 2020.
Bayaran pencen melalui Skim A adalah pembayaran pencen bulanan secara kredit terus ke dalam akaun pesara / penerima pencen.
Skim A adalah cara pembayaran pencen bulanan kepada pesara / penerima pencen yang dikreditkan terus ke dalam akaun bank pesara / penerima pencen (Skim A).
Manakala cara bayaran melalui Skim B mengkehendaki pesara / penerima pencen atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen di kaunter bank sebelum bayaran pencen dikreditkan ke dalam akaun. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.
Skim B pula cara bayarannya : pesara / penerima pencen perlu hadir ke bank setiap bulan untuk mengisi borang sebelum wang dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Pencen boleh dituntut oleh orang selain pesara / penerima pencen itu sendiri dengan syarat diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/penerima pencen itu.
TARIKH BAYARAN PENCEN 2020
Berikut tarikh bayaran pencen 2020 yang rasmi:
- 15 Januari (Rabu)
- 20 Februari (Khamis)
- 19 Mac (Khamis)
- 21 April (Selasa)
- 15 Mei (Rabu)
- 18 Jun (Khamis)
- 21 Julai (Selasa)
- 19 Ogos (Rabu)
- 21 September (Isnin)
- 21 Oktober (Rabu)
- 19 November (Khamis)
- 16 Disember (Rabu)
Bagi pesara kerajaan yang ingin menukar Skim B ke Skim A, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 – Permohonan Pelantikan Wakil Skim A dengan dilampirkan bersekali salinan kad pengenalan wakil yang dilantik.
Berikut senarai bank yang menyediakan perkhidmatan pembayaran pencen, antaranya:
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Malayan Banking Berhad (Maybank)
- Bank Simpanan Nasional
- Affin Bank Berhad
- CIMB Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Public Bank Berhad
- Alliance Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Agro Bank Berhad
Maklumat lanjut tentang pencen layari portal pencen JPA di sini http://www.jpapencen.gov.my/
► Klik untuk senarai jawatan kosong
from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2QOsLRZ
0 comments:
Post a Comment