Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bermula Isnin Secara Berperingkat

Posted by mimisabreena on Friday, April 3, 2020





Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bermula Isnin Secara Berperingkat - Credit To : ejawatankini.com


Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Pembayaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan bermula hari isnin ini, 6 April 2020 secara BERPERINGKAT.

Lihat Juga : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Lihat Juga : Cara Mudah Daftar i-Akaun KWSP

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.
► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2UHsxhA


Previous
« Prev Post

Related Posts

April 03, 2020

0 comments:

Post a Comment