Kehidupan seharian pada masa kini penuh dengan pelbagai masalah dan ujian hidup yang boleh menyebabkan tekanan perasaan. Tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti kemurungan, darah tinggi dan serangan jantung.
Tip Atasi Tekanan Secara Pantas |
Pasti anda mencari cara bagaimana untuk mengatasi tekanan secara pantas. Beberapa tip mengatasi tekanan secara pantas adalah seperti berikut:
1. Atasi tekanan dengan mengawal pernafasan dan positif
Pejamkan mata sambil menarik nafas dalam-dalam, tahan seketika dan lepaskan. Usah terlalu memikirkan masalah yang dialami. Jika anda beragama Islam, banyakkan beristighfar. Jika anda rasa bersedih, anda menangislah.
2. Atasi tekanan dengan coklat
Ini bukan bermaksud anda bebas makan coklat sepuasnya ketika tertekan. Makan sepotong coklat dengan membiarkannya cair dalam mulut. Coklat dapat meningkatkan hormon endorfin yang mampu membuatkan anda berasa tenang.
3. Atasi tekanan dengan muzik
Dengarlah muzik kegemaran yang menenangkan. Bagi yang beragama Islam, dengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Pasti tekanan akan berkurangan dan jiwa menjadi tenang.
4. Atasi tekanan dengan aromaterapi
Aromaterapi yang sesuai untuk tekanan adalah lavender. Bau lavender yang segar pasti dapat menenangkan fikiran sekaligus meredakan tekanan yang dihadapi.
5. Atasi tekanan dengan senaman
Lakukan senaman ringan dengan menggerakkan anggota badan. Senaman dapat melancarkan peredaran darah dari jantung ke seluruh anggota badan dan otak sekaligus menenangkan fikiran.
Oleh itu, sebaiknya berfikirlah secara rasional dan elakkan bertindak secara negatif. Sebaiknya segera atasi tekanan yang dihadapi agar ianya tidak berlarutan. Hanya anda yang mampu mengawal tekanan yang dihadapi.
from Tip dan Petua https://ift.tt/2IYLJE3
0 comments:
Post a Comment