Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, buah kiwi semakin popular dan banyak digunakan dalam menu diet sihat. Ini disebabkan nutrien yang terkandung di dalam buah kiwi itu.
Buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren, dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding buah lain. Fakta mengenai kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh.
Manfaat Buah Kiwi Kepada Ibu Hamil
Antara manfaat buah kiwi kepada ibu hamil adalah:
- Mencegah kecacatan kepada bayi
Seorang ibu yang sedang hamil sangat digalakkan untuk makan buah kiwi kerana ia mengandungi asid folik yang tinggi. Asid folik ini dapat menghindari bayi lahir dalam keadaan cacat saraf, iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak sempurna sebanyak 70%.
- Mencegah penyakit katarak ketika hamil
Ibu yang sedang hamil selalu menghadapi masalah kesihatan mata seperti katarak. Kandungan lutein dalam buah kiwi bermanfaat untuk ibu hamil kerana dapat mencegah terjadinya katarak.
- Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
Kandungan serat terlarut pada kiwi sangat baik untuk proses pencernaan dan mencegah perut kembung semasa hamil. Oleh itu,ia dapat membantu ibu hamil untuk mengekalkan berat badan yang ideal tanpa berlakunya obesiti.
- Mengurang risiko stroke ketika hamil
Stroke banyak dialami oleh ibu yang hamil dengan obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Khasiat antioksidan yang terkandung di dalam buah kiwi dapat dapat mencegah terjadinya pembuluh darah tersumbat sekaligus mengelakkan stroke dan serangan jantung dapat dielakkan.
Manfaat Buah Kiwi untuk Kecantikan
Kandungan Vitamin E yang tinggi di dalam buah kiwi sangat bagus untuk kecantikan kulit wajah.
BACA JUGA: Makanan Wajib Ambil Bila Selalu Keletihan dan Kurang Bermaya
Berikut adalah cara penggunaan masker kiwi untuk berbagai jenis kulit.
- Mengecilkan pori-pori kulit
Hancurkan satu buah kiwi lalu lulurkan ke kulit wajah.Biarkan selama 15 minit,kemudian cuci muka anda menggunakan air sejuk. Manfaat masker buah kiwi ini adalah untuk mengecilkan pori-pori yang besar.
- Merawat kulit yang kering
Bagi anda yang mempunyai jenis kulit kering, kombinasi buah kiwi dengan minyak zaitun menjadi penyelesaian yang tepat untuk wajah anda.
Campurkan 1 sudu jus kiwi, 1 sudu minyak zaitun dan 1 kuning telur ayam.Kemudian sapukan pada muka anda dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu,bersihkan dengan perlahan-lahan menggunakan kapas dan bilas dengan air bersih.
- Membuang sel kulit mati
Cara untuk membuang sel kulit mati adalah dengan mengisar 5-6 buah strawberry,1 buah kiwi dan ½ mentimun yang sudah dikupas kulitnya. Biarkan pada wajah anda selama 10 minit,kemudian bilas dengan air sejuk.
Amaran:
Buah Kiwi mengandungi sejumlah oksalat, bahan semulajadi yang terdapat di dalam kebanyakan tumbuhan dan haiwan. Apabila oksalat menjadi terlalu pekat di dalam cecair badan, ia boleh menjadi kristal dan menyebabkan masalah kesihatan. Mereka yang menghidap masalah buah pinggang dan pundi hempedu haruslah menghindari dari memakan buah kiwi. Terdapat banyak kontroversi mengenai jumlah yang boleh mendatangkan kesan, terutamanya daripada tumbuh-tumbuhan.
Kiwi juga mengandungi bahan enzim yang berkaitan dengan sindrom alahan buah-buahan bergetah. Jika anda alah dengan getah, anda juga mungkin alah dengan buah kiwi. Memandangkan proses meranum buah kiwi dengan gas etilina meningkatkan bahan ini, buah kiwi organik yang dirawat dengan gas akan mempunyai sebatian penyebab alahan yang kurang. Memasak juga akan menyahaktifkan enzim tersebut.
BACA JUGA: 12 Sebab Mengapa Garam Bukit Lebih Baik Dari Garam Biasa
The post Inilah Sebab Kenapa Ibu Hamil Perlu Makan Buah Kiwi appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2j3cHuh
0 comments:
Post a Comment