Stress adalah sejenis penyakit gangguan mental yang boleh dihadapi oleh setiap hidupan di muka bumi ini. Stress juga boleh dimaksudkan dengan tekanan, bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, kemurungan yang menyebabkan berlaku perubahan pada sistem tubuh badan.
Namun begitu, reaksi stress adalah berbeza bagi setiap individu bergantung pada keadaan fizikal atau ketegangan mental yang dialami. Menurut pandangan Dr Hamid Arshat, beliau menyatakan bahawa stress adalah penyebab dan pencetus utama bagi pelbagai jenis penyakit, termasuklah penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan kematian mengejut seperti serangan jantung dan angin ahmar atau stroke.
Beliau juga turut berkongsi bagaimana cara untuk menangani stress;
1. Redha
Sebagai umat Islam, setiap musibah yang melanda pada diri kita anggap sahaja ini sebagai ujian dari Allah S.W.T kepada umatnya. Sentiasa ingat bahawa Allah sedang menguji kekuatan iman umatnya. Sabar, solat serta mohon pertunjuk dan pertolongan dari Nya.
2. Sabar
Sentiasa bersabar dalam setiap cabaran yang datang. Contohnya seperti kehilangan sesuatu barang yang berharga anggap sahaja ianya bukan rezeki kita dan berkemungkinan kita telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini merupakan balasan atau kifarah yang Allah tentukan untuk kita.
3. Tahan Marah
Mengalah adalah jalan terbaik untuk mengelakkan diri dari tekanan. Tak kira dalam apa jua situasi yang boleh mencetuskan kemarahan, tahan marah dan mengalah lah. Tinggalkan keadaan tegang itu, sejukkan hati dengan mengambil wuduk, zikir dan sebagainya.
4. Memaafkan
Selalu memaafkan pada orang yang buat salah dengan kita, samada dalam benuk sengaja ataupun tidak. Lupakan peristiwa-peristiwa yang boleh membuatkan anda bertambah marah dan dendam. Jangan sesekali ungkit-mengungkit. Ini akan membuatkan keadaan bertambah buruk.
5. Tidak Berdendam
Jangan simpan dendam. Kawal perasaan anda dari membalas dendam kepada orang lain.
6. Makan Ubat
Kebiasaannya kita akan melayankan sahaja rasa sakit kepala sebab penat dan stress. Sebaiknya makan ubat. 2 biji panadol (2gm) dapat meredakan rasa sakit kepala dan ketegangan. Panadol akan bertindak untuk membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.
7. Berkebun
Bagi sesiapa yang mempunyai tanah walaupun tak seluas mana tu, rajin-rajinkan diri berkebun. Selain berbakti pada tanah, berkebun juga boleh meningkatkan kecergasan diri. Hasilnya nanti akan membuatkan anda menjadi gembira dan lebih relax.
8. Zikir & Selawat
Tak kira dimana sahaja, zikir dan selawat lah. Ia akan membantu anda untuk lebih bertenang, tenteram dan mendamaikan.
9. Tarik Nafas Panjang
Ulang lakukan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan dengan perlahan-lahan sebanyak 3 kali setiap 5 minit. Ia akan membantu anda untuk lebih bertenang.
10. Tawakkal
Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T agar terus diberikan kesihatan tubuh badan yang baik. Tawakkal kepada Allah sambil berusaha untuk menangani stress.
Anda boleh cuba amalkan panduan-panduan diatas ini, in sha Allah segala tekanan yang terbeban dalam diri akan hilang dan boleh dikawal.
The post Berkebun Dan Berselawat Mampu Kawal Stress, Boleh Cuba Kalau Tak Percaya! appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu https://ift.tt/2FqUYp4
0 comments:
Post a Comment