Pemilihan langsir yang sesuai adalah penting bagi menghasilkan ruang yang kelihatan luas, selesa dan kelihatan menarik. Peranan langsir bukan hanya sebagai penghadang cahaya, tetapi juga untuk membuatkan ruangan kelihatan sejuk mata memandang.
Tip Memilih Langsir (Sumber gambar - moyuc.com)
Salah memilih langsir pasti membuatkan ruangan kelihatan sesak, sempit dan serabut. Panduan asas pemilihan langsir adalah seperti berikut:
1. Ukuran langsir
Pilihan ukuran langsir sama ada anda mahu panjang langsir bermula dari panel tingkap atau bermula dari bahagian atas tingkap (dari siling). Pemilihan langsir yang bermula dari siling akan menampakkan ruang kelihatan lebih tinggi. Ukuran lebar langsir perlu dilebihkan sebanyak lapan inci di bahagian kiri dan kanan langsir supaya ia kelihatan berlapis dan cantik apabila diselak.
2. Jenis langsir
Fabrik langsir yang sesuai untuk ruang rasmi seperti bilik pejabat adalah jenis fabrik yang tebal seperti sutera baldu atau campuran rayon sutera dan kapas yang mempunyai bukaan besar. Manakala untuk ruang santai seperti di bilik tidur boleh menggunakan fabrik jenis linen, baldu lembut dan kapas campuran.
3. Corak dan warna langsir
Jika dinding telah dipasang kertas dinding (wall paper) bercorak penuh, pemilihan fabrik langsir yang sesuai adalah warna polos supaya ruangan kelihatan tidak serabut. Sebaliknya jika dinding bercorak polos, anda bolehlah memilih fabrik langsir bercorak. Elakkan pemilihan corak fabrik langsir yang sama dengan warna fabrik sofa.
Oleh itu, pemilihan langsir yang bersesuaian untuk ruangan di dalam rumah adalah penting bagi menyerikan serta menceriakan bahagian dalam rumah anda.
from Tip dan Petua https://ift.tt/2HAkD5D
mimisabreena October 25, 2020 CB Blogger Indonesia
3 Tip Memilih Langsir
Posted by mimisabreena on Sunday, October 25, 2020

Previous
Tip Memilih Makanan Laut
Tip Memilih Makanan Laut
Related Posts
Sayang nak masak apa hari ini? Mesti best punyalah kalini.Masak sendiri hubungan rumah tangga & kesihatan keluarga terjamin. “Isteri saya sering memberikan alasan penat, tia
5 Tip Atasi Tekanan Secara PantasKehidupan seharian pada masa kini penuh dengan pelbagai masalah dan ujian hidup yang boleh menyebabkan tekanan perasaan
Bahaya Makanan Bergoreng Makanan bergoreng pada masa kini sinonim dengan gaya hidup dan kehendak masyarakat di Malaysia. Pelbagai menu makanan
Batu Karang di Taman LautTahukah anda, batu karang mengambil masa beratus tahun untuk membentuk struktur yang wujud seperti sekarang? Batu karan
Tip Pilih Cadar Bilik TidurBilik tidur adalah ruang khusus untuk merehatkan badan dan minda yang kepenatan setelah seharian bekerja. Pemilihan cad
Tip Memilih Makanan LautKepada anda yang gemar masak dan makan seafood atau makanan laut, pemilihan makanan laut adalah penting bagi memas
0 comments:
Post a Comment