Aku Tak Nak Maafkan Kau, Kita Jumpa di Akhirat Nanti! Mesti Biasa Dengarkan

Posted by mimisabreena on Monday, April 29, 2019

“Aku tak nak maafkan kau, kita jumpa di akhirat nanti!”

Kita pasti pernah mendengar kata-kata seperti di atas. Seolah-olah orang yang mengucapkannya benar-benar yakin bahawa di mahkamah Allah kelak mereka akan menang.

Dan jika menang sekalipun, kita akan ‘didakwa’ dengan beribu lagi ‘kes’ dan kesa lahan ketika di dunia. Dan adakah kita akan menang semuanya?

Sesungguhnya seseorang manusia itu masuk syurga hanya kerana rahmat Allah. Adakah kita ingin mengharapkan solat kita yang tidak khusyuk, tidak sempurna? Adakah kita ingin mengharapkan pahala puasa kita dalam keadaan lalai dan tidak menjaga tutur kata? Bahkan jika kita beramal beribu tahun pun belum tentu mampu menampung segala dosa yang dilakukan.

Maka dengan rahmat dan keampunan Allah jua yang membolehkan kita terlepas daripada huku man Allah dan mampu masuk syurga. Percayalah, satu saat menerima sek saan di akhirat kelak pun kita tidak terdaya.

Kita perlu beringat, jika orang melakukan dosa dan kesalahan kepada kita, maka kita juga pernah melakukan dosa dan kesalahan kepada orang. Mungkin berkat kemaafan yang diberikan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa di dunia, Allah juga akan memaafkan kita kelak di mahkamahNya.

Kebaikan kita di dunia pasti akan dibalas kebaikan. Kita tidak rugi malah mendapat kemenangan di akhirat. Sebolehnya selesaikanlah urusan sesama manusia di dunia, usah dibawa dendam dan rasa tidak puas hati ke akhirat.

The post Aku Tak Nak Maafkan Kau, Kita Jumpa di Akhirat Nanti! Mesti Biasa Dengarkan appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://bit.ly/2USNnHG

Previous
« Prev Post

Related Posts

April 29, 2019

0 comments:

Post a Comment