Inilah Sebab Kenapa Perlu Ketuk Dulu Bawang Putih & Biar 10 Minit Sebelum Guna

Posted by mimisabreena on Monday, April 29, 2019

Salah satu bahan masakan yang dirujuk sebagai antikanser atau pencegah kanser adalah bawang putih. Bagaimanapun, nak peroleh khasiat antikanser bawang putih itu ada cara betulnya.

Ini panduan tepat perkongsian Principal Scientist dari MARDI, Dr Suri Roowi beserta penjelasan kenapa bawang putih perlu diketuk dahulu dan dibiarkan 10 minit.

BAWANG PUTIH – Khasiatnya Berbeza Mengikut Cara Penyediaan

Bawang putih telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahan berkhasiat dalam bawang putih dipanggil ALLICIN dan AJOENE.

ALLICIN mempunyai sifat ANTIKANSER YANG KUAT khususnya antikanser PAYUDARA, PROSTAT, USUS BESAR, KULIT, RAHIM, PUNDI KENCING dan PARU-PARU.

Selain dari itu, ia membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. Justeru, minumlah air bawang putih jika kita demam, batuk atau sakit tekak.

ALLICIN akan terbentuk jika bawang putih diketuk.

Caranya : adalah dengan mengetuk 2 ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit, ditambah madu, air suam dan seterusnya diminum. Penggunaan MADU TULEN akan meningkatkan khasiatnya kerana ia mengandungi enzim semulajadi. Jika bawang putih diketuk (dibiarkan selama 10 minit) dan ditambah minyak zaitun. Bahan yang terbentuk adalah AJOENE. AJOENE adalah antikanser LEUKEMIA. Bahan ini merencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser darah (LEUKEMIA).

Caranya : ambil 1 atau 2 ulas bawang putih, buang kulit, ketuk, biarkan 10 minit dan panaskan dengan sedikit minyak (2 sudu). Jangan masak lama pada suhu tinggi kerana akan merosakkan khasiat.

Kenapa Kena Ketuk Bawang Putih Dan Biarkan 10 Minit

Kerana TEMPOH 10 MINIT selepas diketuk, enzim akan keluar dari sel dan bertindak balas untuk hasilkan bahan antikanser kuat – ALLICIN

  • Jika bawang putih dipanaskan selama 1 minit dalam mikrowave @ 45 minit dalam oven. Bawang putih akan hilang keupayaan untuk bertindak sebagai antikanser.
  • Jika bawang putih terus dibakar, dipanaskan atau digoreng pada suhu tinggi (tanpa diketuk), ALLICIN belum sempat dibentuk dan akan rosak dengan suhu tinggi
  • Bahan berkhasiat ALLICIN juga akan hilang sehingga 22% jika disimpan selama 180 hari dalam petisejuk dan akan hilang sehingga 99% jika bawang putih digoreng.

Rujuk Tindak Balas Kimia Ini

Rujukan

a. Naznin et al. (2015).Advances in Applied Agricultural Science
Volume 03 (2015), Issue 04, 16-25
b. Kooti et al. (2017). J Evid Based Complementary Altern Med. 22(4): 982–995.a. Kooti et al. (2017). J Evid Based Complementary Altern Med. 22(4): 982–995.
b. Prati et al. (2014). Food Sci. Technol, Campinas, 34(3): 623-628

Sumber/Foto : Dr Suri Roowi

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

The post Inilah Sebab Kenapa Perlu Ketuk Dulu Bawang Putih & Biar 10 Minit Sebelum Guna appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://bit.ly/2GIwfz6

Previous
« Prev Post

Related Posts

April 29, 2019

0 comments:

Post a Comment