Telur Separuh Masak. Tentu ramai yang suka menikmati telur separuh masak ini pada waktu bersarapan pagi. Sejak zaman dahulu lagi, telur rebus dianggap sebagai menu sihat untuk sarapan pagi kerana mengandungi nutrisi penting protein, riboflavin dan selenium.Tambahan pula semua nutrisi tersebut sememangnya diperlukan oleh tubuh, terutama buat kanak-kanak yang sedang membesar.
Telur sesuai dijadikan menu sarapan pagi kerana ia juga dapat memenuhi keperluan energi yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti seharian.Selain itu, telur boleh dimasak dengan pelbagai cara dan jenis masakan.
Telur rebus atau telur separuh masak, kedua-duanya mempunyai rasa yang enak serta kandungan nutrisi yang tinggi.Sungguhpun begitu, masih ramai yang ragu-ragu dengan kandungan nutrisinya. Ramai orang takut untuk menikmati telur kerana menganggap pengambilan telur pada setiap hari boleh menaikkan kolesterol dalam tubuh.
Tetapi tahukah anda, telur separuh masak sebenarnya lebih rendah kalori jika dibanding kan dengan resepi telur yang lain termasuk telur goreng dan telur dadar.Selain rasanya enak, telur separuh masak ini mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Lagipun telur separuh masak ini juga lebih kaya dengan nutrisi. Namun, pastikan anda tidak memasak kuning telur terlalu lama atau sehingga keras supaya nutrisi di dalam kuning telur tidak akan hilang dan dapat memenuhi keperluan nutrisi harian untuk tubuh.
Berikut beberapa kebaikan yang boleh anda peroleh daripada pengambilan telur separuh masak:
1. Menu Sarapan Yang Sihat
Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.
2. Membantu Pembentukan Otot
Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.
3. Bantu Turunkan Berat Badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.
4. Menguatkan Daya Ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.
5. Mencegah Penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.
6. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.
7. Baik Untuk Mata
Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.
The post Inilah Antara Kebaikan Makan Telur Separuh Masak, Sesuai Untuk Yang Berdiet & Awet Muda appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://bit.ly/2HhDgZ4
0 comments:
Post a Comment