Pernahkah anda tahu bahawa anda sebenarnya layak menuntut pampasan dalam pelbagai bentuk sekiranya berlaku kelewatan penerbangan? Kami pasti ramai yang tidak tahu dan kurang peka tentang hal ini. Sekiranya berlaku kelewatan penerbangan atau flight delay, syarikat penerbangan sepatutnya perlu memberi pampasan kepada setiap penumpang yang terjejas.
Penumpang pula berhak untuk meminta pampasan bukan sahaja dalam bentuk wang Ringgit, tetapi boleh juga menuntut untuk diberikan penginapan percuma, makan percuma, akses internet tanpa had, dan lain-lain.
Namun, itu semua bergantung kepada durasi kelewatan tersebut. Pampasan yang boleh dituntut ini hanya berkuatkuasa sekiranya kelewatan melebihi dua jam atau tiga jam dan ke atas, bergantung kepada syarikat penerbangan. Dan sekiranya penerbangan tersebut dibatalkan, penumpang berhak mendapat bayaran balik penuh dalam tempoh 30 hari.
Memang rugi besar kalau tak tuntut.
Seorang lelaki berkongsi tentang bagaimana dia mendapat pampasan sebanyak RM1,389 semasa berada di Turki. Lelaki yang dikenali dengan nama Bal Mohd di Facebook menggesa orang ramai supaya menuntut hak sebagai penumpang sekiranya berlaku kelewatan penerbangan selama lebih 3 jam.
Menerusi tulisannya yang dimuat naik di Backpackers Buddies Malaysia (BBM) itu, Bal atau Iqbal menceritakan pengalaman di mana penerbangannya terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali ketika transit di lapangan terbang Istanbul, Turki. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Copenhagen yang dijadualkan berlepas pada 1.45 pagi tetap tidak dapat terbang walau selepas jam 5 pagi.
Setelah terlalu lama menunggu, Iqbal mengambil tindakan untuk bercakap dengan kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan menuntut hak sebagai penumpang
Nak dipendekkan cerita, akhirnya Iqbal berjaya menuntut penginapan satu malam di hotel 4 bintang, siap dengan penghantaran percuma ke hotel, dan pampasan wang Ringgit sebanyak RM1,389.
Banyak tu!
Baca perkongsian penuh Iqbal di bawah:
Salam. Buat backpackers yg ade flight delay more than 3hours di mana mana negara euro, please claim your right. Jika flight delay more than 3 hours, korang akan dapat 300euro. Kalau more than 6hours korang dpt 600euro.
Pengalaman flight delay 24hb feb lepas di Istanbul. Flight kami sepatutnya 145, tetapi delay ke 330. Lepas tu delay lagi pkul 5pg. Selepas kali ketiga delay saya ke kaunter berperang menuntut hak dan kepastian dari airlines adakah lepas ni konfem depart or delay lagi.
Lepas bersilat mulut dengan orang turkish, kami dapat keluar airport, dapat 4/5 star hotel dan free transfer. Lepas tu bersilat mulut untuk dapatkan pampasan. Mula2 bagi dalam bentuk voucher, tapi by right, airlines kene bagi cash. Alhamdulillah, dua hari lepas (3 April 2019) dapat pampasan 300euro. Tengah menanti pampasan untuk luggage rosak pulak.
So, sila tuntut kalu ade flight delay. Nanti diorg buat senyap je. Disebabkan ramai bertanya details, untuk claim 300/600euro ni. Hanya terpakai jika kes berlaku di negara euro dan boleh google law ni untuk maklumat lanjut.
EC Regulation 261/2004.
Follow my ig @iqbalmohd_ for more details ticket murah,travel tricks and tips.
The post Kerana Flight Delay, Lelaki Ini Minta Pampasan Dan Berjaya Dapat RM1,389! Ini Caranya appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://bit.ly/2VRnpsD
0 comments:
Post a Comment