Masalah rumahtangga sememangnya sesuatu yang tidak dapat dihindari oleh setiap pasangan. Tidak kiralah sekecil atau sebesar mana masalah itu, pasti akan anda dihadapi. Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Islam walau bagaimanapun menggalakkan umatnya untuk berusaha sebaik mungkin bagi memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan silaturahim sesama sendiri. Seperti firman Allah yang mengatakan,
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”(Surah al-Hujurat ayat 10).
Turut diingatkan juga supaya hal-hal sulit berkaitan rumahtangga janganlah diceritakan kepada orang yang tidak dipercayai dan tidak mempunyai sifat amanah. Kerana hal seperti ini boleh mengundang masalah kepada pasangan suami isteri tersebut.
Selain itu, para suami juga haruslah menjadi seorang yang adil kepada isteri. Jangan disebabkan anda bertemu wanita lain yang lebih sempurna dari isteri sendiri, lalu anda tidak mengendahkan mereka.
Seperti teguran seorang lelaki di laman Twitter @mizandzai tentang cara terbaik untuk menjadi pasangan lebih kuat dan tabah dalam menghadapi masalah rumahtangga. Bukannya terus mengalah dan cari pengganti.
Buat para suami di luar sana, boleh baca, hadam dan fahami apa yang cuba disampaikan oleh lelaki ini. Semoga anda semua dapat memperbaiki segala silap dalam rumahtangga dengan cara yang lebih profesional.
Perkongsian yang berbentuk teguran ini telah meraih lebih 15 ribu retweets dan 11 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:
Isteri garang bukan bermakna dia seorang yang tidak endah akan keluarganya. Namun sebaliknya…
Buat para suami, janganlah asyik mencari salah silap isteri. Lihat dan cermin juga diri sendiri terlebih dahulu.
Sebelum pasang niat untuk berpoligami, pastikan anda sudah menjaga keluarga yang sedia ada. Cukupkan kelengkapan dan paling penting, mampu dari segi kewangan serta kebatinan.
“Jangan sesekali meletakkan segala kesalahan pada isteri dan dijadikan lesen untuk berpoligami.”
Jagalah bahtera perkahwinan yang telah dibina dan jangan sesekali membuat perkara yang membolehkan pihak ketiga masuk untuk menghancurkan segalanya
The post Nampak Bini Orang Lain Lawa, Isteri Sendiri Dijeling. Teguran Lelaki Ini Memang Makan Dalam appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://bit.ly/2E4iV7z
0 comments:
Post a Comment