Tip Memilih Makanan Laut

Posted by mimisabreena on Monday, October 26, 2020

Kepada anda yang gemar masak dan makan seafood atau makanan laut, pemilihan makanan laut adalah penting bagi memastikan makanan laut yang dimakan segar dan banyak isinya. Makanan laut boleh dimasak pelbagai resipi seperti shellout, tomyam, dibakar dan pelbagai lagi masakan lain. 

Tip Pemilihan Makanan Laut
Tip Pemilihan Makanan Laut (Gambar kredit dreamstime.com)


Terdapat beberapa tip untuk memilih makanan laut seperti udang, ketam, sotong, kupang/ siput sudu dan kerang seperti berikut:


1. Tip Pemilihan Ketam

Pilih ketam betina kerana isinya lebih padat dan kemungkinan ia mengandungi telur. Cara untuk menentukan jantina ketam, jika warnanya kebiruan ketam jantan. Manakala warna gelap kekuningan ketam betina. Lihat juga bahagian belakang ketam, jika bahagian bawahnya runcing ianya ketam jantan. Manakala ketam betina pada bahagian bawahnya kelihatan melebar. Bagi menentukan kesegaran ketam, cuba picit bahagian bawah ketam. Jika lembut dan masuk ke dalam bermaksud ketam berkenaan kurang segar atau sudah lama. Manakala jika keras ianya ketam baru dan segar. 


2. Tip Pemilihan Udang

Pilih udang yang lurus badannya. Jangan pilih yang bengkok. Untuk uji kesegarannya, picit kepala udang. Jika masih keras ianya segar, manakala jika lembut ia sudah kurang segar.


3. Tip Pemilihan Sotong

Pilih sotong yang kulitnya bewarna putih. Warna badan sotong yang kemerahan bermaksud ianya sudah kurang segar. Jika memilih sotong jarum, pilih yang kelihatan bengkok di ekornya kerana ia mengandungi telur. 


4. Tip Pemilihan Kupang/ Siput Sudu

Pilihlah kupang/ siput sudu yang berat dan masih belum terbuka. Jika terbuka bermaksud ianya kurang segar.  


5. Tip Pemilihan Kerang

Sama seperti pemilihan kupang/ siput sudu iaitu pilih kerang yang berat. Namun sebaliknya, pastikan pilih yang cengkerangnya terbuka kerana ia segar dan masih hidup. 


Oleh itu, buatlah pemilihan terlebih dahulu sebelum membeli makanan laut ini agar anda berpuas hati ketika memasak dan memakannya. Masak sendiri makanan laut ini di rumah pasti puas hati menjimatkan.



from Tip dan Petua https://ift.tt/3dZqBIZ

Previous
« Prev Post

Related Posts

October 26, 2020

0 comments:

Post a Comment